Penjawat awam intai wanita dalam tandas direman

Oleh: Zuzu Yasmine

Disyaki mengintai wanita di dalam tandas, seorang penjawat awam telah ditahan polis. Kejadian dipercayai berlaku di stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani.

Menurut laporan Harian Metro, suspek berusia 36 tahun itu ditahan selepas datang ke balai polis untuk membuat penafian berhubungan laporan dibuat wanita berkenaan.



Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, keterangan diberikan suspek agak meragukan dan dia ditahan untuk membantu siasatan.

"Suspek tidak mengaku mengintai seperti yang didakwa pengadu tetapi mendakwa masuk ke tandas wanita kerana sakit perut kononnya tandas lelaki berkunci.

"Siasatan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ujian saringan awal air kencing mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah," katanya.

Beliau berkata, suspek akan direman sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil.



Dalam kejadian 10.30 malam itu, pengadu iaitu wanita berusia 34 tahun berada dalam tandas dan terdengar ketukan pintu yang kuat dan anaknya memberitahu bahawa seseorang masuk ke dalam tandas.

Kemudian pengadu ternampak tapak tangan dan mata di bawah ruang pintu tandas pengadu malah ketika keluar dari tandas pengadu juga melihat lelaki keluar dari tandas bersebelahan.

Namun selepas ditanya, lelaki berkenaan menafikan perbuatan tersebut dan pengadu bertindak membuat laporan polis selepas itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen