Suami ada OCD, Diana Rafar akui pernah rasa 'down' sampai nak bercerai

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila memilih seseorang sebagai pasangan hidupnya, tentu perlu terima baik buruk setiap sisi pasangan. Tak boleh nak sisi yang baik sahaja kerana pasangan hanya manusia biasa yang turut melakukan kesilapan.

Namun, sikap cerewet ataupun pasangan menghadapi Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) kadang kala agak sukar nak ditangani jika tidak menggunakan kesabaran yang tinggi.



Perkara itu juga dilalui oleh Pelakon Diana Rafar yang mendedahkan bahawa sikap suaminya, Zamarul Hisham yang juga merupakan pelakon mempunyai OCD sejak dari awal perkahwinan mereka.

Malah, pasangan ini juga dikatakan hampir gagal dalam perkahwinan mereka pada tahun 2015 gara-gara sikap cerewet suaminya itu.



Menerusi program bual bicara Mingguan Wanita, Diana menyatakan bahawa dirinya pernah down apabila semua perkara yang dilakukan tidak kena pada mata suaminya.

“Cerewet suami saya ni sehingga satu tahap saya down. Kita rasa asyik semua salah sahaja. Rasa tak sempurna dan sering terfikir macam mana nak jadi isteri terbaik.



“Sedih juga la, sampai awal perkahwinan dulu saya mengalah dan bercerai. Saya kata saya tak nak.

“Tapi bila sudah lama berfikir, saya boleh terima dan rujuk semula dengan dia,” katanya.

Diana juga berharap para isteri yang memiliki suami yang menghidap penyakit OCD sama seperti suaminya untuk terus tabah demi perkahwinan yang dibina.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 

A post shared by Diana Rafar (@dianarafar)



Dia turut memberitahu bahawa dia hanya berdoa kepada Allah agar penyakit OCD suaminya itu berkurangan malah memandang penyakit tersebut dari sudut positif.

Melihat ke ruang komen, rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama mengenai suami mereka dan diri sendiri yang dikatakan OCD atau cerewet.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen