Salah aku ke?

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum semua. Sebelum tu terima kasih dekat admin kalau post luahan aku ni disiarkan. Aku cuma nak luahkan apa yang aku rasa selama ni. Yang aku sendiri pun sebenarnya keliru, tak tahu nak bagi reaksi apa. Mungkin juga korang boleh bagi response kat bawah nanti.

Aku nak story pasal kawan aku. Boleh katakan memang rezeki aku dapat kawan yang semua baik-baik. Tak kira lah masa sekolah menengah atau pun masa dekat U (kecuali sekolah rendah), aku dapat kawan yang boleh dikatakan sahabat dan susah senang sama-sama. Mereka selalu ada tolong aku dan tak tinggalkan aku. Terima kekurangan aku walaupun aku ni dari keluarga biasa-biasa.

Aku cerita dulu lah pengalaman masa sekolah menengah dengan member aku. Kalau korang tanya kenapa aku skip sekolah rendah. Sebab zaman sekolah rendah boleh aku katakan satu seksa dan mimpi ngeri untuk aku. Aku langsung tak bahagia dan cepat-cepat nak keluar dari sekolah tu. Jadi sebab tu aku tak nak sentuh langsung pasal sekolah rendah aku tu.

Masa aku tingkatan 2, aku rapat dengan sorang rakan sekelas aku. Dia ni ceria, baik, tak memilih kawan, cantik, kaya, pandai, semua ada dekat dia lah senang cerita. Tapi satu je, dia tak ramai kawan. Boleh katakan aku sorang je kat dalam kelas tu yang paling rapat dengan dia. Kenapa aku tak kawan dengan dia masam tingkatan 1?

Sebab masa tu aku rapat dengan semua orang. Aku jenis yang peramah dan semua orang aku tegur, tapi dengan perempuan je lah. Dengan lelaki aku tak berapa rapat sangat. Jadi aku macam tak notice sangat diri dia kat kelas aku. Sampailah aku kena duduk sebelah dia baru aku notice. Kebetulan minat kami sama iaitu komik, jadi secara tiba-tiba aku rapat dengan dia. Masa tu aku nampak dia happy gila berbual dengan aku. Aku pun gembira juga sebab dekat kelas, cuma kami berdua lah perempuan minat komik.

Jadi akhirnya aku pergi ke mana pun, mesti dia ada. Sampai lah semua orang kenal kami memang berdua. Bila nampak salah seorang dari kami jalan sorang-sorang, orang akan pelik. Cuma dia ni jenis panas baran dan ikut kepala sendiri. Mungkin sebab tu tak ramai yang tahan dengan dia. Sedangkan aku pulak jenis yang tak ambik kesah dan still boleh okay.

Kira kalau ada apa-apa masalah, macam orang lain tak puas hati. Mereka akan cari aku dan aku lah yang bincang dengan dia. Nasihatkan dia walaupun akhirnya macam mencurahkan air dekat daun keladi. Tapi aku tetap berusaha. Aku tak nak sampai dia ada musuh, aku sayangkan member aku jadi aku tak nak benda macam tu jadi.

Tapi semua ni jadi agak rumit bila kami naik tingkatan 4. Aku dengan dia berpisah kelas sebab dia sains tulen, dan aku pulak ambik perdagangan. Aku tak nak ambik sains tulen sebab aku tak minat kimia, biologi semua. Jadi kami jarang ada masa nak jumpa dan aku jumpa kawan baru. Lebih tepatnya geng baru. Sebab kami satu kelas, senang berbincang dan mereka semua masuk air. Memang fun lah dengan diorang.

Tapi masalahnya dia tak boleh rapat dengan kawan baru aku. Walaupun dulu sebenarnya kami semua satu kelas dari tingkatan 1 sampai lah tingkatan 3. Aku jadi tersepit bila kena bahagikan masa aku untuk dia dan untuk kawan baru aku. Bukan aku tak kesiankan dia bila dia sorang-sorang tak ada kawan. Tapi aku pun kena jaga hati mereka juga. Aku kena jaga ramai hati. Mungkin ni silap aku juga sebab terlalu peramah dengan orang. Mereka dengan dia memang baik sangat dekat aku. Kira memang sahabat aku lah.

Dia pun sendiri cakap, aku cuma rapat dan nak rapat dengan kau sorang. Aku tak nak kawan lain. Dan sebab tu juga lah dia macam kongkong aku. Dia akan masam dan merajuk bila aku rapat dengan mereka. Sampai aku kena call dan pujuk dia. Baru lah dia okay. Tapi aku cuba bagi dia faham yang aku pun masih ada kawan lain dan kena bahagikan masa aku. Sebab aku tahu dia ada ramai kawan dekat luar sekolah. Dia popular dekat sekolah lain sebab dia selalu masuk pertandingan.

Kami macam ni sampailah habis sekolah menengah. Akhirnya kami terpisah sebab masuk U berlainan, tapi aku dengan dia tetap contact sampai sekarang. Dan untuk geng aku pulak, Alhamdulillah kami masih berkawan dan kumpul sama-sama bila ada masa.

Bila masuk U ni, aku ingat benda sama tak ada lah ulang lagi. Tapi rupanya berulang jugak. Masih lagi salah aku sebab aku suka berkawan dengan semua orang. Bezanya yang ni 2 orang. Mereka tak kisah aku nak berkawan dengan siapa pun. Mereka ni ada je dengan aku bila aku perlukan bantuan. Dan macam takut sangat kalau aku marah atau tersinggung. Sebolehnya betul-betul nak jaga hati aku lah.

Benda tu buat aku rasa serba salah sebab aku tahu mereka pun tak ada ramai kawan sangat. Sebab sorang introvert. Yang sorang lagi pulak nampak lah muka sombong dan sinis. Sampai orang lain tak berani nak dekat. Tapi aku mula rapat dengan orang lain sebab kami lain asrama dekat U. 2 orang tu dapat 1 rumah. Aku je yang dapat rumah lain. Jadi aku pun rapat lah dengan orang lain. Aku termasuk dekat geng baru lagi. Termasuk kami, kami berlima dekat rumah tu. Satu kelas semua dan buat kami semua makin rapat.

Diorang memang okay bila aku rapat dengan orang lain. Diorang sendiri yang cakap macam tu walaupun aku tahu diorang tetap sedih. Dan untuk geng baru aku pula, aku tahu mereka jenis macam dia. Akan jealous bila aku rapat dengan orang lain. Memang mereka tak cakap tapi aku boleh baca dari riak muka. Dan sama lah macam dekat sekolah menengah. Kejadian yang sama berulang lagi. Tapi aku tetap cuba bahagikan masa aku sebaik mungkin. Aku tak nak abaikan kawan lama sebab dapat kawan baru.

Dan mungkin juga sebab aku ni macam pendengar setia, so orang akan cari aku bila mereka ada masalah. Dan bila dengan orang yang aku rapat, aku memang akan layan dia special sikit lah. Aku ni suka buat masalah tapi at the same time, aku akan hiburkan diorang dan selalu cari cara buat diorang ketawa. Aku tak suka bila kawan aku tak happy dan muka masam je.

Sampai aku terfikir, ni baru semester 2 diploma. Nanti kalau aku dah kerja, benda sama berulang lagi ke? Walaupun aku rasa macam tak mungkin sebab mesti lah suasana dia berbeza. Aku pernah juga fikir nak ubah sikap aku. Supaya tak jadi peramah sangat dan akhirnya tak buat aku tersepit dekat tengah-tengah. Aku dah cuba, tapi memang susah. Aku extrovert yang memang akan selalu senyum hai kat orang. Aku suka berkawan dengan semua orang.

Aku memang sedih dengan covid ni, yelah siapa je tak sedih. Baru masuk dah kena berpisah lepas tu lama pulak tu tak boleh jumpa. Tapi aku rasa bersyukur sebab aku boleh lari dari masalah ni. Aku tahu masalah tak akan selesai kalau kita lari. Tapi aku tak tahu apa yang patut aku buat untuk selesaikan masalah ni. Tak kan aku nak buang salah satu dari mereka? Memang tak akan lah. Sebab masing-masing baik sangat dengan aku. Sekurangnya covid ni, boleh buat aku tak sakitkan hati salah seorang dari mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen