Wanita teruja bertemu suami selepas setahun terpisah, undang sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah jalinkan hubungan jarak jauh ni, kalau tak kuat memang tak boleh nak tempuhi. Namun, pada ketika pandemik Covid-19 ini, ramai pasangan terpaksa melalui perkara ini disebabkan demi menjaga keselamatan diri masing-masing.



Ada yang terpisah dengan pasangan sudah berminggu bahkan ada juga yang berbulan. Rasa rindu yang terpendam tentu hanya mereka sahaja yang tahu.

Teruja dapat jumpa suami semula

Perkara itu juga dilalui oleh wanita ini yang dikatakan terpisah dengan suami tercinta hampir setahun kerana wabak Covid-19 yang turut menular di negara mereka.


Dikongsikan oleh Maulaahamidatur menerusi aplikasi TikTok, yang memuat naik video seorang wanita yang berlari menemui suaminya. Bagaikan melepaskan rindu yang terbeban saat dia berlari ke arah suaminya.

Melihat ke dalam video tersebut juga boleh terlihat bahawa reaksi teruja wanita berkenaan selepas bertemu suami tercinta yang turut gembira menemui insan tersayang.



Bertarung seorang diri ketika berjauhan

Tidak hanya itu, sepanjang berjuahan dikatakan bahawa wanita berkenaan telah selamat melahirkan anak sulung mereka. Walaupun melahirkan anak seorang diri pada ketika itu, namun dia tetap bersyukur akhirnya mereka dapat berkumpul semula selepas terpisah berbulan-bulan lamanya.


Perkongsian tersebut telah mengudangan sebak warganet malah turut bersyukur mereka sekeluarga dapat berkumpul bersama lagi. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang sama terpisah dengan keluarga namun masih belum boleh bertemu kembali.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen