Nasihat Mak

Hai nama aku Ila (bukan nama sebenar). Bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah dan kini berusia pertengahan 20-an. Aku merupakan anak rantau, bekerja di bandar dan jauh daripada ibu bapa. 

Apa yang aku nak cerita ni bukanlah luahkan hati tapi lebih keya jika ada terguna bahasa yang kurang sopan dan mungkin mengguris pada memberi pengajaran kepada para pembaca. Aku minta maaf sebelumnhati sesetengah pihak. 

Terus kepada tajuk. Dulu, aku merupakan seorang anak yang agak degil dan selalu buat keputusan ikut kepala sendiri. Tak pernah fikir panjang malah tak boleh terima teguran orang lain. Aku anak kedua dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku. Aku ada abang dan ada seorang adik. Perwatakan fizikal aku pun macam lelaki. Aku tak suka main dengan perempuan sebab bagi aku perempuan ni lemah. Padahal diri sendiri pun perempuan. Siapa kawan abang aku, itulah juga kawan aku. 

Alhamdulillah, abang aku tak adalah kawan dengan mat ganja kalau tak memang geng aku juga lah kan. Mak ayah aku selalu risau dengan sikap aku yang bergaul dengan lelaki tanpa mengira usia. Segala pekerjaan yang lelaki buat aku nak buat tapi segala kerja-kerja rumah aku paling malas nak buat. Masak, mengemas, lipat kain, jemur kain dan segala macam yang perempuan buat memang haram aku nak sentuh. Bila mak aku jerit suruh kemas rumah, aku dah siap-siap dengan kunci motor dan larikan diri. Macam tu lah sikap aku ketika berusia belasan tahun.

Bila umur aku dah menginjak ke awal 20-an, mak banyak tegur aku. Mak selalu suruh jaga solat, jauhkan diri daripada terlibat dengan perkara maksiat dan selalu ingat pada Allah. Jangan lupa Mak ayah bila dah besar. Jangan ikut sangat cakap orang. Jadilah baik berpada-pada, jangan jadi jahat walau sekali. Mak selalu nasihat, bergaul tu boleh tapi tengoklah dengan siapa kita bergaul. Bila dah besar ni, kawan akan jadi lawan tu normal jadi berhati-berhati dalam memilih kawan. Jangan ikut hati dan kepala batu sangat.

Aku iyakan saja tapi hakikatnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Segala petua dan nasihat yang mak aku kata ibarat mencurah air ke daun keladi, langsung tak meresap dalam jiwa aku ni. Hati batu benar aku masa tu. Bila aku dapat tawaran universiti, mak semakin risau. Ye lah, aku dapat sambung pelajaran di sebuah IPTA yang jauh dari kampung. Mak risau sangat aku terpengaruh. 

Aku selalu pujuk mak aku, jangan risau. Aku mampu jaga diri dan masa tu memang aku yakin sangat aku mampu jaga diri. Aku yakin sangat yang aku tak akan terpengaruh dengan cara hidup orang bandar. Lagak aku ketika tu, seperti lupa dengan pepatah melayu yang ibarat rusa masuk kampung. 

Pada tahun pertama aku di uni, aku masih anak kampung yang polos dan masih mengekalkan budaya beradab walaupun hakikatnya aku bukan macam tu sebelumnya. Aku cuba memahami konsep hidup orang bandar. Pada tahun kedua, aku mula bergaul dengan pelbagai jenis orang malah apa yang aku terkejut ada sebahagian kenalan aku yang mengambil bahan terlarang. 

Sejujurnya, perkara itu sangat baru pada aku. Nakal-nakal aku di kampung, sekali pun aku tak pernah melihat atau mencuba bahan-bahan terlarang ni. Ramai juga yang menghasut aku untuk mencuba tapi aku sentiasa beralasan untuk berikan aku waktu. Mereka hanya mentertawakan aku bila dengar alasan tu. Lain pula kisahnya dengan rakan-rakan serumah aku, pada awalnya aku tak tahu kenapa mereka selalu keluar malam dan balik awal pagi dan selalunya mereka balik dalam keadaan yang sangat berbau alkohol. 

Aku pernah bertanya mereka keluar pergi mana malam-malam dan satu hari tu, mereka ajak aku pergi satu tempat. Aku ni memang bergaul dengan semua orang tapi aku masih menjaga maruah diri. Malam tu, aku pakailah baju yang biasa aku pakai. Kawan aku, A suruh aku tukar baju dan pakai baju yang dia bagi. Baju yang dia bagi aku tu, memang tak cukup kain tapi aku pakailah juga. Demi kawanlah katakan. Akhirnya, aku dapat tahu yang mereka tu keluar pergi kelab malam rupanya dan itu adalah kali pertama dan terakhir aku meneguk arak dan pergi kelab. 

Kenapa menjadi yang terakhir? Sebab, pada keesokan paginya aku dapat berita Mak ayah aku kemalangan. Masa tu, aku terus teringat segala pesanan mak aku, segala kemungkinan yang akan berlaku. Aku meraung dan menyesal sangat dengan perbuatan aku. Apa yang aku rasa ketika tu adalah balasan bagi aku yang terlalu mengikut kata hati dan terlalu ikut rentak kawan-kawan aku. Aku rasa macam aku tak berguna dan hancurkan harapan mak ayah aku. 

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur mak ayah aku dan dapat tengok aku habis belajar. Aku bersyukur sangat Tuhan masih bagi aku kesempatan untuk sedar khilaf aku dan aku bersyukur juga, segala yang telah terjadi dalam hidup aku buatkan aku belajar apa tu hidup dan belajar jadi manusia yang lebih matang.

Apa yang aku cerita ni bukanlah nak buka pekung di dada tapi sekadar ingin di jadikan pengajaran buat mereka di luar sana. Buat adik-adik yang baru nak masuk ke alam dewasa tu, banyakkan lah dengar nasihat orang yang lebih makan garam dari kita sebab dunia ni nampak indah dari angan-angan kita tapi bukan pada realitinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen