Kisah M

Oleh: Siti Nur Ain

Hai, aku lidya bukan nama sebenar. Terima kasih admin kongsikan cerita aku ni.

Bercinta ni memang seronok. Hari-hari yang kita lalu rasa bahagia je. Awan mendung pun kita rasa macam langit cerah dengan matahari yang memberikan sinarnya. Padahal guruh berdentum tanda hujan nak turun. Semua tu yang aku alami pada awal perkenalan aku dengan M.

Semuanya manis-manis belaka. Aku rasa tak ada satu saat pun aku tak tersenyum. Ya lah, selain daripada kata-kata dia yang manis M ni juga seorang yang sentiasa penuh dengan kejutan. Bila dia balik daripada kursus dia akan belikan aku pelbagai hadiah. Aku rasa dihargai sangat. Masa ni memang aku berjanji pada diri tak akan pandang orang lain dan berjanji setia bersama M.

Setelah setahun kami berkenalan, aku semakin tertarik dengan M dan aku nampak kesungguhan dia dalam menjalani hubungan kami. Dia pernah bawa aku jumpa keluarga dia dan perkenalkan aku dengan keluarga besar dia. Dia sentiasa gambarkan diri aku ni baik-baik belaka depan keluarga dia, terkadang aku rasa macam berlebihan pun ada. Aku tak kisah dan aku tahu niat dia baik bila ceritakan hal-hal yang baik tentang aku tapi aku takut jika keluarga dia meletakkan harapan yang tinggi terhadap aku.

Antara perkara yang M selalu ceritakan pada keluarga dia adalah M kata aku ni pandai masak pelbagai jenis hidangan tapi aku tak adalah macam tu pun. Aku setakat masak masakan kampung tu pandailah, tapi kalau nak ikut selera keluarga dia yang makan makanan western memang aku tak pandai.

Aku pernah nasihatkan dia supaya dia tak perlu nak lebihkan dan julang aku tinggi-tinggi, sebab aku tak sanggup nak hadap reaksi atau kecaman keluarga dia. Bila keluarga dia tahu yang aku ni cuma pandai masak masakan yang biasa-biasa saja. Tapi M pula kata, yang aku boleh saja belajar semua tu. Okaylah, aku terima sajalah apa yang dia katakan tu dan ikut segala rentak kemahuan dia.

Selain daripada tu, M juga seorang yang sangat bergaya jauh berbeza dengan aku. Jadi, M selalu kutuk cara pemakaian aku dan dia juga selalu belikan aku baju yang mahal-mahal untuk aku pakai bila aku keluar dengan dia. Pada awalnya aku okay saja dengan permintaan dia untuk pakai baju yang dia beli, tapi masalahnya semakin lama baju yang dia beli semuanya tak kena dengan citarasa aku.

Aku seorang yang sangat simple dan tak suka fesyen yang banyak dengan barang kemas atau pakaian yang terlalu banyak dandanan. Aku ni kalau ikutkan, lagi suka pakai baju bundle daripada segala baju yang mahal dia belikan tu.

Orang lain mungkin rasa aku ni beruntung sebab ada kekasih macam M. Aku bersyukur dapat lelaki macam dia tapi, kalau dah sampai tahap aku nak pakai apa pun di kongkong, aku rasa macam tak jadi diri sendiri. Banyak perkara yang aku rasa M ni macam tak nak pun diri aku yang sebenar, sebab bila kami keluar makan dia akan selalu suruh aku pakai sudu dan garfu walaupun makan nasi lemak.

M tak suka makan tepi jalan sebab katanya kotor, okay aku tak ada masalah tapi bila aku bawa dia balik kampung aku dan bila dia sampai dekat rumah aku, dia sanggup tak nak masuk sebab rumah aku rumah kayu. Aku minta dia bermalam di rumah, dia kata dia sanggup tidur hotel dan tak sanggup nak duduk rumah aku lama-lama.

Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku minta izin dengan mak ayah aku untuk balik KL terus. Aku bukan apa, aku marah sangat dengan M masa tu. Tapi aku tak nak bergaduh depan mak ayah aku. Sepanjang perjalanan pulang M terus menerus menyatakan bahawa kalau kami berkahwin dia tak nak balik kampung aku. Dan dia tak nak langsungkan majlis kahwin kami di kampung aku. Aku hanya diam dan memang aku tarik muka dengan M. Waktu tu, aku rasa macam nak putus saja dengan dia.

Hati aku rasanya macam disiat-siat dengan kata-kata M. Semakin lama hubungan kami semakin renggang tapi M sentiasa ada cara untuk buat aku cair. Walaupun aku rasa macam nak putus tapi aku still bertahan dengan dia. Jika cinta sekadar memandang pada rupa, aku rasa akan tewas juga pada akhirnya.

Suatu hari, M mengajak aku pergi rumahnya dan aku tak tahu pula masa tu adalah hari ulang tahun anak buah dia. Nak dijadikan cerita, aku kena masak satu masakan western untuk keluarga dia dan yang aku tahu ketika tu cuma spaghetti Bolognese. Aku pun buatlah Spaghetti Bolognese tu walaupun aku sebenarnya pelik kenapa keluarga dia tak order katering sedangkan mereka mampu. Bila aku persembahkan makanan tu dekat mak M, aku tak sangka yang akhirnya Spaghetti tu boleh hinggap dekat muka aku.

M langsung tak pertahankan aku, dia pula terus menarik aku jauh dan memarahi aku. Aku terus bersihkan diri dan beredar dari situ. Aku putuskan hubungan dengan M dan takdir juga aku kena pindah pergi negeri lain atas arahan syarikat.

Cinta ni memang indah kalau kita bercinta dengan orang yang betul tapi kalau bercinta dengan orang yang toksik lebih baik angkat kaki. Begitulah kisah aku bila bercinta dengan orang yang toksik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen