Lamaran spotan dari pelakon Kamal Adli kepada kekasih hati, Uqasha Senrose yang juga merupakan seorang pelakon semasa siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME) tentunya akan menjadi momen yang diingati buat kedua-dua peminat pasangan ini.
Namun disebalik kegembiraan tersebut, terselit usikan nakal dari netizen terhadap reaksi wajah pelawak terkenal Zizan Razak serta ada juga yang mempersendakan urusan jodohnya yang masih belum kunjung tiba.
Serahkan kepada Allah
Melihat dirinya dijadikan bahan lawak di media sosial berkenaan jodoh yang masih ditunggu, dia meluahkan rasa kekesalan tersebut melalui Instagram miliknya dengan menyatakan dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti apa yang anda sangkakan. Segalanya saya serah kepada Allah.”
Hanya ingin meriahkan majlis
Menurut pelawak berusia 36 tahun itu, dia juga menyatakan bahawa perkara yang berlaku bukan dirancang malah hanya memberi sedikit respons untuk memeriahkan suasana.
“Melihat apa yang berlaku malam ini (tadi) menjadi perbualan dalam media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas AME2020.
“Maaf saya katakan apa yang berlaku malam pun bukan rancangan saya dan saya tidak tahu. Saya cuma memberi respons yang ‘sporting’ untuk memberikan program nampak ‘best’,” luahnya.
Terdahulu, selain Emma, Zizan pernah dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan beberapa wanita lain seperti Juliana Evans dan Mira Filzah.
Ketiga-tiga wanita tersebut sudah bergelar isteri dan hal itu membuatkan peminat melabel Zizan seorang lelaki yang tidak bernasib baik dalam percintaan.
Tinggalkan Komen