Tengku Adnan didapati bersalah kes rasuah RM2 juta

Oleh: Zuzu Yasmine

Didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2juta daripada seorang ahli perniagaan empat tahun lepas, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kesnya melangkaui keraguan munasabah terhadap Tengku Adnan, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-70 semalam.



Lebih mesra dengan panggilan Ku Nan, beliau didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.



Ahli Parlimen Putrajaya itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 dan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Dalam penghakimannya, Mohamed Zaini berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa tertuduh mengeluarkan wang RM2 juta daripada akaun Tadmansori untuk perbelanjaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.

"Tidak diragukan lagi bahwa RM2 juta tetap ada di dalam akaun Tadmansori untuk kepentingan tertuduh dan tidak membayar perbelanjaan dua pilihan raya kecil itu. Dia telah menggunakan Tadmansori sebagai pelindung kepada perbuatan jenayahnya,” kata hakim.

Mohamed Zaini berkata tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Saya dapati tertuduh bersalah dan menyabitkannya bersalah atas pertuduhan berkenaan," kata hakim yang mula membaca penghakimannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen