Ditinggalkan 2 hari selepas nikah, wanita bangkit dekatkan diri dengan agama

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai peluang kedua dalam memperbaiki hidupnya. Tidak kiralah apa yang dilalui dan dilakukan dahulu, itu semua sudah berlalu yang lebih penting adalah ketika ini.

Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok berkenaan oleh seorang gadis yang berkongsi kisah hijrah dan perjalanan hidupnya yang baru selepas dua tahun menghilangkan diri.



Lebih mesra dengan panggilan Hani, atau nama sebenarnya Nur Wilda Farhani Muhd Zaidi, menyatakan bahawa hidupnya sebelum ini lebih mengejar keseronokan dunia.

Malah menurut Hani, kemuculannya dengan imej terbaru sebulan lalu dianggap sebagai satu permulaan yang baru dalam menjadi insan yang lebih baik.



Bermula dengan kegagalan rumah tangga

Wanita berusia 23 tahun ini juga menyatakan segalanya berubah selepas berdepan dengan kegagalan dalam rumah tangga yang hanya bertahan selama dua hari.

“Dulu saya tidak bertudung. Saya mula berubah selepas kegagalan rumah tangga. Dua tahun lepas, saya berkahwin dengan seorang lelaki bukan Islam.

“Dia dah peluk Islam dan berkahwin dengan saya. Siapa sangka, suami tinggalkan saya dua hari selepas kahwin. Sampai hari ini saya tak jumpa dia,” luahnya.

Mula dekatkan diri dengan agama

Bermula dari situ jugalah dia mula niat untuk berubah dengan mula mengenakan tudung dan kembali tingga bersama ibunya di kampung.



Bahkan, kesempatan itu juga diambil dengan mendekatkan diri dengan Allah dan memperlajari ilmu agama sehinggalah mula berpurdah sekitar sebulan lalu.

Sukar nak ubah rutin lama

Katanya, dia kembali aktif di media sosial untuk berkongsi kisah hijrah dan perjalanan hidupnya yang dulu sukakan fesyen dan keseronokan.

“Sukar nak ubah rutin lama. Dulu suka pergi ke pusat hiburan, buat aktiviti tidak berfaedah. Saya juga sangat suka berfesyen. Dari gaya K-Pop hingga gaya gothic, semua saya cuba.

“Sakarang rasa tak cukup dalam menutup aurat. Tapi bagi saya, berpurdah pun bukan satu halangan untuk berfesyen. Kita boleh gayakan fesyen muslimah dan tetap menutup aurat.

“Alhamdulillah saya dan jumpa kekuatan untuk meuncul kembali. Kawan-kawan pun terekjut tapi mereka masih boleh terima saya,” katanya.

Masih mencari kekuatan

Hani juga menyatakan bahawa ketika ini dia sedang mencari kekuatan untuk melenyapkan apa yang berlaku terhadap perkahwinannya.

“Masa tu saya rasa hanya Allah tempat bergantung. Sampai sekarang proses penceraian belum selesai, saya jadi isteri tergantung. Dah cuba ikhtiar tapi suami sendiri tak mahu,” luahnya.

Namun, tidak kira apa yang berlaku dirinya tetap dengan pendirian ingin berubah malah menyatakan bahawa sepanjang menghilangkan diri, dia banyak bertahajud dan meluahkan perasaannya pada Allah.

“Dulu saya tak berfikir panjang. Tapi saya percaya Allah uji kita untuk beri sesuatu yang lebih bernilai,” katanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen