Polis tembak mati dua beranak selepas anak perempuan keluarkan ayat provokasi

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini tular satu rakaman video yang dipercayai seorang anggota polis menembak dua beranak sehingga mati di Bandar Tarlac, Filipina.

Kejadian dipercayai kerana bunyi bising yang dipercayai terhasil dari bunyi meriam ataupun mercun oleh seorang remaja lelaki.



Menerusi laporan Astro Awani, Sarjan Jonel Nuezca menembak mati jiran Sonya Gregario, 52, dan anaknya Frank, 25, susulan perbalahan pada Ahad lalu kerana Frank didakwa membuat bising dengan meletupkan meriam paip PVC buatan sendiri.



Difahamkan, Jonel yang marah dengan bunyi bising itu datang bersemuka dengan Frank untuk membawanya ke balai polis, namun dihalang Sonya yang bertindak memeluk anaknya.

Bahkan, pertengkaran semakin melarat apabila mula beralih kepada isu pemilikan tanah yang telah lama berterusan di antara kedua keluarga tersebut.



Bagaimanapun, dengan tiba-tiba Jonel melepaskan tembakan dari jarak dekat ke kepala kedua-dua mangsa dan menembak sekali lagi setelah mangsa rebah terbaring di tanah.



Selain saksi berhampiran kawasan tersebut anak perempuan suspek juga turut menyaksikan kejadian tersebut.

Menurut seorang saksi yang tidak mahu dikenali, Jonel dan seorang lagi lelaki tidak dikenal pasti telah membelasah Frank sebelum rakaman dibuat.

Tambahnya, selepas menembak dua beranak itu, Jonel membawa pulang anak perempuannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum menyerah diri pada Ahad lalu.



Sementara itu, Ketua Polis Filipina Debold Sinas memberitahu media bahawa Jonel telahpun berdepan lima pertuduhan pentadbiran, termasuk dua kerana membunuh, namun kedua-duanya diketepikan kerana kekurangan bukti.

Berikutan itu, pelbagai hashtag mulai tular di media sosial mendesak keadilan buat Sonya dan Frank. Malah insiden tersebut juga telah mencetuskan kemarahan masyarakat yang mendesak reformasi dalam institusi polis negara itu.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen