2 tahun 'hiking' bersama, tak sangka kini kongsi hidup berdua

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh ini adalah rahsia Allah yang sangat ditunggu-tunggu buat mereka yang masih bujang. Puas mencari dan sudah lakukan pelbagai usaha tapi masih juga tak bertemu dengan orang yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup.

Namun begitu, siapa sangka dari seorang kawan boleh bertukar kepada teman hidup yang berkongsi saat suka dan duka serti hobi yang sama.



Tidak sangka bertemu jodoh dengan seseorang yang mempunyai minat yang sama, Mohd Raffidi Omar berkongsi sedikit detik pertemuan dengan isteri tercinta sekitar dua tahun lalu.



Mula dari hiking bersama


Dikongsikan melalui Facebook Hiking & Camping Around Malaysia, Raffidi menyatakan bahawa perkenalan dia dan isteri pada tahun 2018 lalu. Ketika sama-sama ontrek di Puncak Gunung Rajah malah sebagai rakan pada awalnya.



Berjaya tawan hati


Namun, setelah saling mengenali selama dua tahun dan turut berkongsi hobi yang sama, akhirnya mereka memilih untuk akhirnya hubungan mereka di jinjang pelamin.

Menurutnya, telah banyak gunung dan bukit yang mereka berjaya tawan secara bersama-sama dan dia juga berjaya tawan isteri hatinya hingga disahkan menjadi suami isteri 20 Disember lalu.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah malah ada juga yang menyatakan mereka juga menunggu jodoh dari minat yang sama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen