Persiapan dah siap 100%, bakal suami tak muncul pada hari majlis

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa tak gembira menanti hari menjadi raja sehari. Tentunya ketika menanti hari bahagia tersebut, banyak pesiapan telah dilakukan malah perbagai perkara telah ditempah.



Namun, siapa sangka hari bahagia yang sepatutnya penuh kegembiraan bertukar menjadi sesuatu yang paling buruk dalam hidup seseorang apabila pasangannya tidak mucul ketika majlis.

Calon suami tak muncul

Itulah yang dilalui oleh Atiqah Alzarafee yang berkongsi kisah dukanya menerusi aplikasi TikTok apabila calon suaminya tidak datang seperti yang dijanjikan pada majlis pernikahan mereka.


Apa yang lebih sedih lagi, segala persiapan dari pelamin dan hantaran telah siap, malah solekan juga telah dikenakan di wajah namun tidak sangka kegembiraan tersebut bertukar menjadi kesedihan.



Reda dengan ujian

Walaupun diuji sedemikian rupa, namun Atiqah dan keluarganya cuba untuk terus kuat dan menerima semuanya dengan reda.

Malah keluarganya juga berlapang dada dengan memaafkan apa yang telah berlaku.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut, malah mereka juga memberi kata-kata semangat serta mendoakan Atiqah agar bertemu dengan seseorang yang lebih baik selepas ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen