Mak dan kakak ipar

Oleh: Siti Nur Ain

Assalammualaikum semua. Aku minta maaf tapi aku memang perlukan pendapat korang, pembaca yang baca cerita aku ni. Sebab aku tak tahu apa yang patut aku buat sekarang. Sebelum tu terima kasih dekat admin kalau cerita aku ni disiarkan.

Aku anak bongsu dari 3 adik beradik. Ada sorang kakak dan sorang abang. Mereka semua dah berkahwin dan kakak aku ada rumah mereka sendiri. Cuma tinggal abang aku yang masih belum ada rumah, tapi dia tengah kumpul duit untuk beli rumah. Kakak aku ni dah ada seorang anak. Tapi abang aku masih belum ada. Dia cakap belum ready lagi nak ada anak.

Boleh katakan abang aku ni kerja overtime selalu sampailah dia kadang-kadang jarang dapat balik rumah parents aku. Lagipun mereka laki bini kerja, jadi memang susah sikit lah nak dapat cuti sama-sama. Tapi bukan pasal abang aku yang aku nak cerita.

Pasal aku yang jadi pemerhati atau penonton antara kakak ipar aku dan mak aku. Sebenarnya mak aku memang tak berapa berkenan dengan kakak ipar aku. Sebab mak aku ada pilihan dia sendiri, dan mak aku tahu kakak tu memang sukakan abang aku dari zaman sekolah menengah.

Tapi mak aku tak ada nak paksa kahwin. Kalau abang aku memang tak suka dan nak kahwin dengan pilihan sendiri, mak aku okay je dan terima. Sebab mak aku tahu yang nak kahwin anak dia. Kalau paksa dan abang aku tak bahagia, nanti mak aku yang rasa serba salah.

Semuanya okay je, tapi mak aku mula rasa tak puas hati dengan sikap kakak ipar aku. Dan aku juga lah yang akan jadi pendengar semua keluhan mak aku. Aku sampai tak tahu nak buat apa sebab aku tak suka sangat campur masalah orang.

Aku jenis tak ambil kesah dan tak suka gossip sangat. Suka buat hal sendiri, tapi kalau mak yang nak luahkan apa dia rasa. Aku dengar je lah. Tapi bila aku tengok dan perhatikan, aku tak lah salahkan mak aku 100%. Bukan sebab mak sendiri aku nak back-up. Tapi aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak.

Dan kalau korang cakap aku macam nak bukak aib kakak ipar or mak sendiri, maaflah. Aku tak tahu nak luahkan dekat siapa dan aku pun boleh tertekan juga. Fikir masalah yang bukan masalah sendiri. Jadi aku luahkan dekat sini. Lagipun korang semua tak kenal aku pun, jadi selesa lah sikit aku nak luah.

Kakak ipar aku boleh dikatakan kurang sikit bab memasak. Lagipun memang keluarga aku ni pemilih sikit bab makanan, lagi-lagi ayah aku. Sebab parents aku buka kedai makan sendiri. Dan memang customers selalu puas hati dengan masakan kedai kami.

Kakak ipar aku sebelum kahwin memang dia cakap yang dia tak berapa pandai masak. Mak aku tak kesah sebab bagi mak aku, semua benda boleh belajar. Asalkan kita usaha nak belajar, abang aku pun syorkan wife dia belajar masak dengan mak aku.

Kalau korang ingat mak aku garang dan jenis perli-perli. Tak ada lah, mak aku sebenarnya okay je. Cuma mak terasa bila mak ajar kakak ipar aku tu, tapi dia bandingkan dengan masakan ibu dia. Macam cara mak salah dan tak betul. Cara ibu dia je yang betul.

Yelah siapa je yang tak terasa kalau kena macam tu. Lagipun mak dah tua, mesti hati dia lagi cepat terasa. Kena pulak dia sorang je menantu perempuan yang mak ada. Nampak lah mak layan kakak ipar aku tu macam layan anak sendiri. Tak ada nak beza-bezakan malah kadang-kadang dia dapat layanan lagi special dari aku dan kakak aku.

Tapi bila mak selalu kena macam tu, mak mula malas nak bercakap dengan kakak ipar aku. Bila mak aku masak dekat dapur, dia lagi pilih duduk bilik main telefon dia. Mak pulak tak ada nak cakap apa-apa, lagipun anak orang kan? Tak kan nak marah semua, lagipun dah besar panjang dah kahwin dah pun.

Dan kalau kakak ipar aku yang masak, memang nampak ayah aku makan sikit, mak aku pun makan sikit. Cuma jamah je dan memang nampak mereka tak berselera. Aku yang lagi prefer fast food, memang suka keluar cari makanan sendiri. Aku rasa malas nak duduk rumah lama-lama.

Tapi hubungan mereka baik je, tak ada masalah dan bermasam muka. Cuma tu lah mak aku selalu tak berpuas hati dan dia pendam semua tu. Bila mereka dah balik baru mak aku akan luahkan semua dekat aku. Dan aku sebagai anak yang baik, dengarkan je apa yang mak aku story.

Tapi ada satu hari tu, memang nampak mak kecewa and kecil hati dengan kakak ipar aku. Bila dia bandingkan aku dan adik bongsu dia. Kakak ipar aku ni anak nombor 2 dan dia ada adik bongsu yang usia dia sama dengan aku. Kebetulah kami masuk Universiti sama cuma lain course je.

Kakak ipar aku cakap yang course aku ni senang je, senang nak dapat pointer tapi susah nak dapat kerja. Tak macam adik dia yang memang susah nak dapat pointer. Tapi senang nak dapat kerja dan memang cerah masa depan dia nanti. Tak macam aku yang kelam je masa depan aku nanti.

Kakak ipar aku cakap dengan abang aku, tapi depan mak aku lepas dapat tahu aku ambik course tu. Mak mana yang tak kecil hati bila ada orang cakap macam tu. Aku yang dengar mak aku cerita pun, tipulah kalau tak terasa. Sebab macam kau kena remehkan dan course tu tak ada masa depan.

Tapi aku diamkan, aku malas nak fikir. Bagi aku asal aku suka apa yang tengah aku belajar, okaylah tu. Aku tak kesah dengan apa yang orang fikir. Lagipun course aku ni still boleh buat duit. Asalkan tahu macam mana nak ambil peluang. Dan setiap rezeki masing-masing berlainan.

Bila aku cakap macam tu dekat mak aku, mak diam tapi akhirnya setuju apa yang aku cakap. Aku tak nak mak sampai tak suka dengan menantu sendiri. Lagipun kakak ipar aku okay je, cuma mungkin dia tak pernah bergaul dengan orang tua. Jadi dia mungkin kekok dan tak biasa.

Aku cuma boleh husnuzon. Apa lagi yang aku mampu buat. Kalau korang nak salahkan aku sebab aku tak ada usaha nak rapatkan mak dengan kakak ipar. Mungkin korang boleh salahkan aku, sebab aku sendiri tak tahu nak buat apa. Akhirnya aku biarkan je semua tu dan cuma mampu cakap sabar dekat mak.

Kalau korang ada idea macam mana, korang boleh lah cakap dekat ruang komen nanti. Aku hargai sangat kalau korang semua nak tolong. Oh ya aku ni introvert sikit. Sebab tu aku susah nak bercakap dengan orang, termasuk kakak ipar sendiri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen