Anak angkat

Oleh: Siti Nur Ain

Aku nak story pasal kisah aku yang menjadi anak angkat dalam sebuah keluarga. Keluarga yang nampak bahagia di mata orang luar, tapi aku terseksa dekat situ. Hope korang sudi baca kisah aku dan terima kasih kalau coretan hati ni disiarkan.

Masa keluarga ni ambil aku jadi anak angkat mereka, usia aku masih 4 tahun. Tapi aku masih ingat kenangan tu, walaupun dah samar-samar. Aku rasa bahagia sangat sebab mereka sayangkan aku macam anak mereka sendiri. Layan aku baik dan aku langsung tak diabaikan.

Memang aku rasa hidup aku sempurna sangat. Walaupun mereka bukan ibubapa kandung aku. Tapi aku sayangkan mereka dan anggap mereka lah ibubapa sebenar aku. Oh ya mereka dah 5 tahun berkahwin, tapi sampai sekarang belum ada anak.

Padahal mereka dah check dan masing-masing tak ada masalah. Mungkin belum ada rezeki lagi untuk mereka terima cahaya mata. Dan sebab tu jugak mereka ambil anak angkat. Orang cakap dengan ambil anak angkat ni, lebih murah rezeki dan mana tahu senang nak dapat anak.

Aku dapat tahu cerita ni pun sebab tak sengaja dengar orang gossip. So aku tahu kenapa mereka ambil aku jadi anak angkat. Tapi aku tak kesah semua tu, sebab mereka sayangkan aku dan aku terima aku. Aku abaikan semua orang cakap dan percaya dengan kata hati aku.

Bila umur aku 10 tahun, aku dapat satu berita yang buat aku rasa campur aduk. Ibu aku akhirnya mengandung dan aku akan dapat adik. Aku mestilah happy sebab aku akan jadi abang. Tapi at the same time, aku rasa tak ready. Aku takut ibu ayah aku lebih perhatikan adik aku, iaitu anak kandung mereka.

Tapi aku cuba buang fikiran aku tu jauh-jauh. Aku tak nak fikir bukan-bukan, dan aku percayakan parents aku yang mereka tak akan buang aku. Lagipun aku tengok parents aku masih lagi layan aku macam biasa. Masih lagi sayangkan aku macam dulu.

Sampailah ibu lahirkan seorang baby lelaki, dan aku tengok muka dia serupa sangat dengan muka ibu. Aku yang paling excited sebab aku dapat adik baru. Lagi-lagi aku memang tak ada kawan dan selama ni sorang-sorang. Jadi sekarang tak ada lah aku bosan.

Semuanya berjalan seperti biasa, tapi aku sedar makin lama ibu dan ayah aku tak perhatikan aku. Semakin adik aku membesar, semakin tu jugak aku rasa diabaikan. Benda ni jadi sampailah umur aku 16 tahun. Aku rasa macam aku dah tak ada tempat dekat dalam family ni.

Semua kerja rumah dan masak jatuh dekat bahu aku dari aku usia 13 tahun lagi. Sebab ibu penat jaga adik dan ayah kerja. Aku memang tak masalah sebab aku dah biasa tolong ibu. Tapi hati aku tetap terasa bila ibu cuma layan adik dan ayah pun sama. Balik rumah terus peluk adik dan aku diabaikan macam tu je.

Dan pernah sekali aku tak lipat baju sebab aku tertidur. Terus ibu marah dan pukul aku sebab dia kata aku pemalas. Dia lagi penat sebab jaga adik. Tak macam aku yang kerjanya cuma sekolah dan tak ada buat apa-apa kerja.

Tapi aku pun penat, aku aktif sukan dekat sekolah. Bila ada latihan sampai petang, balik tu aku kena terus kemas rumah dan memasak. Siapa je tak letih dan siapa je tak naik angin bila dekat tempat aku. Bukan aku nak berkira atau apa. Tapi aku rasa kedudukan aku dekat rumah tu dah macam orang gaji.

Cuma bezanya orang gaji dapat duit, tapi aku langsung tak dapat duit. Mereka bagi aku duit untuk sebulan terus dan pandai-pandai aku nak jimat macam mana. Kalau sampai tak cukup, mereka tak akan ambil tahu. Alasannya nak aku pandai jimat cermat.

Aku terima alasan tu dan aku kadang-kadang berjimat sampai tak makan masa rehat. Sebab aku takut duit tu tak cukup untuk aku balik rumah. Aku naik bas pergi dan balik. Kalau aku tak cukup duit, memang aku kena jalan kaki yang jauh dia sampai 7 KM dari rumah aku ke sekolah.

Tapi aku tengok bila adik aku dah masuk usia macam aku. Hari-hari ibu ayah aku bagi dia duit. Bukan sikit tapi banyak sangat, sehari sampai RM10. Aku yang tengok semua tu, rasa tak adil. Kenapa ibu bagi adik banyak macam tu, sedangkan aku cuma dapat berapa ringgit je sehari.

Tapi aku cuba sabarkan diri aku, aku anggap tu semua sebab dia bongsu. Dan dia anak kandung ibu ayah aku. Jadi mesti lah akan berlainan sikit. Aku terima semua tu sebab aku pun sedar kedudukan aku dekat dalam family.

Perkataan anak angkat yang dulunya langsung aku tak fikirkan masa kecil, sekarang selalu main dekat kepala aku. Dia buat aku sedar, aku ni selama-lamanya akan jadi anak angkat di mata mereka. Aku kalah dengan anak kandung mereka.

Dari segi kasih sayang, perhatian, pakaian, segala-galanya aku akan kalah dan jadi nombor 2. Semua barang bekas adik aku, aku yang akan pakai. Dia pulak selalu dapat barang baru dan berjenama. Bila barang tu adik aku dah tak nak dan kena campak.

Barulah barang tu jadi milik aku. Aku rasa macam, sedihnya hidup aku ni. Bila aku melawan sikit sebab aku tertekan dan stress, asyik kena marah dengan parents aku. Mereka mula cakap untung lah sikit kami ambil kau jadi anak angkat. Entah-entah kau merempat sampai sekarang kalau tak ada kami.

Dia punya sakit, hanya Allah je tahu bila ayat tu keluar dari mulut mereka. Mereka yang selama ni aku bangga dan sayang, kini tak ubah racun yang makin lama buat aku hancur. Iya aku memang makin lama makin hancur. Pergaulan aku jadi bebas dan aku selalu keluar tidur rumah kawan sampai tak balik rumah.

Tapi pelajaran aku langsung tak terjejas. Aku selalu cemerlang dalam semua subjek aku dan masuk kelas pandai. Cuma sikap aku agak biadap dan selalu tak dengar cakap cikgu. Bila cikgu ngadu dekat parents aku, siap sedia lah aku kena rotan dengan tali pinggang atau apa je.

Aku tak kesah semua tu. Aku cuma diam dan tak buat apa-apa. Aku lagi suka mereka marah dan benci aku. Sekurangnya aku dapat perhatian mereka sikit, walaupun dengan cara salah. Boleh katakan aku ni sunyi, kurang kasih sayang.

Tapi Alhamdulillah, nakal dan degil macam mana pun aku tak pernah sentuh dadah. Aku tak pernah terjebak dengan pergaulan bebas laki perempuan. Cuma aku berkawan dengan budak-budak ada masalah dan nakal je. Tapi bab tu aku memang tak sentuh langsung.

Sekarang aku dah masuk Universiti, dan aku masih lagi terima layanan yang sama dari parents aku. Tak berubah dan diabaikan selalu. Aku dah biasa, dan aku nak bebas dari semua ni. Aku tak nak lagi duduk rumah tu. Aku nak keluar dan cari bahagia aku. Untuk semua jasa mereka, terima kasih besarkan aku. Itu je yang mampu aku cakap.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen