"Berbasikal sambil dukung anak boleh dikenakan tindakan." - Polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Berbasikal kini menjadi satu trend buat rakyat Malaysia. Bukan sekadar hobi, berbasikal juga dikatakan bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Namun begitu, akhir-akhir ini pelbagai kisah kurang enak didengari mengenai mereka yang gemar berbasikal ini. Bahkan ada juga yang berbasikal sambil mendukung anak yang masih kecil.



Menurut laporan Harian Metro, tindakan seorang wanita berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya tidak hanya mengundang risiko keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan.



Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mengenai rakaman gambar wanita itu yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Tambahnya, aktiviti berbasikal menjadi trend ketika ini, namun tidak semua memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.



Beliau juga menyelar tindakan wanita yang membawa anak kecil ketika berbasikal sehingga rakaman gambarnya tular di media sosial itu kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.

"Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Katanya, sekiranya berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Justeru, beliau menyeru orang awam supaya mengikut peraturan jalan raya dan menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen