"Saya cuma nak menghalalkan..." - Respons Kamal Adli terhadap teguran lamaran secara 'live'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bertindak melamar kekasih hati Uqasha Senrose di siaran langsung anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020), bagaimanapun, ada yang kurang senang melihat aksi pelakon Kamal Adli itu.





Gembira dengan jawapan diberikan oleh Uqasha, Kamal menyatakan bahawa lamaran tersebut merupakan langkah pertama untuk menghalalkan hubungan mereka dan menyerahkan urusan mereka untuk ke fasa seterusnya kepada Allah.

“Yeay! ‘Yes’! Cuma nk menghalalkan, bukan buat perkara tak baik kan. Terima kasih atas doa tu, Amin. Yang lain serah pada Allah,” tulisnya di Instagram.


Sementara itu, di Instagram Uqasha pula menyatakan bahawa walaupun dirinya tidak memenangi apa-apa ketika malam tersebut namun dia sudah menang besar kerana lamaran secara langsung itu adalah hadiah yang paling bernilai diterima.

“I’m so speechless, walaupun tak menang apa-apa tapi Uqasha menang lagi besar dari anugerah yang lain,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini dikatakan serasi bersama dalam setiap drama yang dilakonkan. Malah, pasangan ini juga dikatakan sudah menghadiri kursus perkahwinan bersama.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen