Disyaki mabuk & memandu lawan arus, polis trafik ditahan

Oleh: Zuzu Yasmine

Dipercayai memandu secara merbahaya, seorang anggota polis trafik berpangkat konstabel ditahan jam 12.30 pagi tadi.



Menerusi Harian Metro, anggota polis trafik berkenaan bukan sahaja memandu secara berbahya berbahaya dengan melawan arus malah juga disyaki di bawah pengaruh alkohol dalam satu kejadian berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menerima satu rakaman video berkaitan kejadian sebuah kereta Perodua Axia dipandu secara berbahaya.

Menurut beliau, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor Bahru Selatan (JBS) kemudiannya mengesan dan menahan lelaki berusia 25 tahun itu.

"Lelaki itu yang juga anggota trafik JBS ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Lingkaran Dalam.

"Siasatan mendapati, ketika kejadian, anggota terbabit tidak bertugas selain memandu kenderaan persendirian.

"Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan paling tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota serta pegawai yang melanggar undang-undang," katanya.


Ayob Khan berkata, pihaknya juga akan memastikan siasatan dijalankan dengan telus dan suspek akan dituduh di mahkamah.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 45A APJ 1987," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi satu minit 36 saat di media sosial membabitkan Perodua Axia perak dipandu secara melawan arus.

Kereta itu dipandu di lorong laju dan sederhana dengan lampu isyarat kecemasan dibuka. Manalah kereta itu turut berhenti di tengah jalan sebelum membuat pusingan U di jalan terbabit.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen