Takut kantoi bersama kekasih, bapa bertindak langgar anak hingga maut

Oleh: Zuzu Yasmine

Malang nasib seorang kanak-kanak berusia 11 tahun apabila menemui ajal selepas digilis sebuah lori. Kejadian dipercayai berlaku di Acheh, Indonesia kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu.



Lebih mengejutkan adalah lori yang membawa pelepah kepala sawit itu dipandu oleh bapanya sendiri, Husaini.

Cubaan hentikan lori bapa

Menerusi laporan Tribun News, mangsa Haura Aulia dikatakan cuba menghentikan lori berkenaan dengan bergantung di tepi lori.

Bagaimanapun, bapanya tidak mahu memberhentikan lori berkenaan malah memecut laju hingga menyebabkan anaknya terjatuh kemudian digilis dengan lori tersebut.



Insiden tersebut berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup yang dipasang berhampiran tempat kejadian dan telah memuat naik ke laman YouTube.



Terkejut akan kejadian tersebut, keluarga dan orang awam telah bergegas ke tempat kejadian dan melihat Haura telah terbujur kaku berlumuran darah dan diikuti dengan jeritan tangisan ibunya.



Terdapat kekasih bapa dalam lori

Menurut laporan Indo Zone pula, Haura dan ibunya sebenarnya mengesyaki terdapat orang ketiga dalam lori tersebut yang dipercayai kekasih Husaini.

Tidak mahu perbuatannya diketahui, Husaini bertindak enggan memberhentikan lori tersebut sebaliknya memecut laju meninggalkan tempat kejadian bagi mengelakkan diri bertemu dengan isteri serta anaknya.



Tidak mahu mengaku bersalah

Walaupun Husaini telah ditahan pihak polis, namun dia tidak mengaku telah menyebabkan kematian anaknya malah menyatakan bahawa kejadian itu merupakan ajal anaknya.

“Kalau dilanggar, bukan saya yang langgar tapi memang sudah ajalnya,” ujarnya menurut laporan Indo Zone.

Bersimpati akan nasib yang menimpa anak kecil itu. Moga Haura Aulia ditempatkan bersama orang-orang beriman.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen