Kakak 'tersayang'

Oleh: Siti Nur Ain

Hai semua, benda ni dah lama aku simpan. Barulah sekarang aku rasa nak kongsi dengan orang lain. Mungkin sebab aku dah tak tahan dan perlukan tempat untuk aku luahkan semua yang aku rasa. Untuk admin, terima kasih kalau apa yang aku tulis ni, disiarkan nanti.

Aku anak bongsu dan ada seorang kakak. Aku tak tahu kenapa tapi memang dari dulu lagi dia dah bencikan aku. Apa je yang aku buat, semua salah dekat mata dia. Semua tak berguna dan nanti mula lah dia caci maki aku. Apa yang aku boleh buat? Aku terima je lah sampai aku rasa aku dah lali.

Usia aku dengan dia jauh beza. 6 tahun beza dia so memang dia always buli aku. Aku yang masa tu budak kecil lagi apa yang aku tahu. Takut dan biar je apa yang dia nak buat dekaat aku. Selalu juga aku fikir. Apa salah aku sampai dia benci sangat dekat aku. Padahal aku ni adik dia.

Sampailah satu hari tu baru aku perasan. Dia jealous sebab dia rasa mak bapak aku lebihkan dan lagi sayang aku. Padahal celah mana mereka lebihkan aku pun aku tak tahu. Kenyataan dia walaupun aku anak bongsu, tapi aku lagi banyak ngalah dan kena ikut semua yang diorang cakap.

Apa yang kakak aku nak, mereka belikan. Tapi bila aku yang nak, habis kena marah dan cakap aku tak sama macam kakak. Masa tu aku fikir yelah kakak kan anak kesayangan mereka. Umur 10 tahun lagi aku dah fikir macam tu. Padahal umur masa tu lah aku nak rasa bahagianya zaman budak-budak aku.

Tapi bukan bahagia, derita yang aku dapat. Bila aku mula nak manja, kakak mula jeling dengan muka marah dia. Dia bagi isyarat aku tak boleh buat macam tu. Kalau tak nanti dekat bilik habislah aku kena tibai dengan dia. Kakak pandai, dia pukul aku dekat badan.

Tempat yang memang orang tak nampak. Kami dari umur 7 tahun dah mandi sendiri dan belajar buat semua sendiri. Jadi mak aku memang tak tahu yang badan aku selalu lebam-lebam. Lebam kena cubit, lebam kena pukul, rambut kena tarik. Semua tu tak ada siapa yang tahu.

Orang selalu cakap rumahku syurgaku, kan? Tapi apa yang aku rasa sekarang ni dekat umur aku 22 tahun sekarang. Rumah aku ni tak ubah penjara yang bagi aku tertekan. Jujur berapa kali aku pernah terfikir nak bunuh diri dulu. Aku selalu bayangkan yang aku akan bebas dan tak sakit lagi bila aku dah tak ada nanti. Tapi aku masih boleh fikir rasional lagi.

Mak bapak aku dah memang tak pedulikan aku, bila mereka tengok aku boleh buat semua benda sendiri. Mereka lagi pilih kakak aku yang kononnya masih lagi tak mampu nak buat sorang-sorang. Dia cakap aku yang sebagai adik ni, kenalah faham dengan keadaan kakak sendiri.

Oh ya memang kakak aku ni badan dia lemah. Tak boleh nak buat kerja berat, kalau sampai mak nampak kakak angkat benda berat. Aku lah yang kena marah sebab tak nak tolong kakak sendiri. Padahal dia sendiri yang main angkat dan masa tu aku kat bilik. Tapi aku perasan, dia senyum sinis time aku kena marah.

Mesti dia happy gila bila aku kena marah masa tu. Dia akan selalu cari peluang dan cara untuk aku kena marah dengan mak bapak. Dia nak buat aku ni buruk dekat mata parents kami. Aku pulak, terima je. Aku melawan pertahankan diri pun, bukannya ada yang percaya. Iyalah mestilah orang lagi percaya dengan dia yang lemah berbanding aku yang sihat ni.

Sebabkan dia juga aku langsung tak ada kawan masa sekolah dan jadi pendiam gila. Aku cuma rasa ada kawan bila aku masuk Universiti je. Sekolah rendah dah sekolah menengah aku dekat je dengan rumah aku. So siapa yang sekolah situ memang boleh kenal dan anak jiran-jiran. Lagipun pelajar mereka sikit je tak banyak.

Kakak aku pergi hasut dan cakap dekat semua orang jangan berkawan dengan aku. Dia pandai berlakon, dan aku rasa kalau dia ni jadi pelakon. Confirm boleh terkenal dan menang banyak anugerah. Yelah lakonan sama macam real life. Siapa yang tak suka tengok kan?

Lagipun kakak aku ni cantik, lemah lembut, selalu senyum. Siapa je yang tak percaya dengan dia. Mesti orang lagi percayakan dia dari aku. Saat tu juga aku rasa kelamnya zaman sekolah aku. Sorang-sorang, tak ada kawan dan rasa terpinggir je. Nasib baik aku ni jenis tangkap cepat apa yang cikgu cakap.

So tak ada lah nampak teruk sangat dan aku boleh lari sambung belajar jauh. Keluar dari rumah, dari semua sumber masalah aku. Kalau korang cakap aku dendam tak dengan mereka, YA! Aku bencikan mereka dan aku tak nak pun jejak kaki aku ke rumah tu lagi.

Aku memang tak hancur. Aku tak terlibat dengan dadah, arak, club. Semua tu aku tak pernah sentuh. Tapi mental aku macam mana pulak? Dari aku kecil sampai lah aku umur 18 tahun, aku tanggung sorang diri. Aku pendam semuanya sebab aku langsung tak ada tempat nak luah, nak ngadu.

Tempat kaunseling? Maaf tapi aku tak percayakan diorang. Sebab aku pernah story sikit pasal parents aku. Dan korang tahu apa jadi? Cikgu dekat sekolah aku semua tahu. Bila diorang selisih dengan aku, diorang akan berhenti dan terus tanya aku.

Siapa lagi yang bagitahu mereka kalau bukan tempat kaunseling? Aku tak pernah bagitahu siapa-siapa pun pasal ni. Tapi dah tersebar pasal parents aku antara cikgu. Nasib baik juga antara cikgu je. Tak sampai dekat pelajar. Kalau sampai, mungkin aku kena buli lagi teruk.

Kalau korang nak cakap sabar, aku faham apa yang kau rasa. Macam mana lagi aku nak sabar? Dah bertahun-tahun aku sabar. Tak cukup lagi ke sabar aku ni? Kau faham keadaan aku? Tak. Tak ada sorang pun yang faham apa yang aku rasa.

Ye aku tahu ramai lagi kat luar lagi teruk kena dari aku kena sekarang. Tapi kemampuan orang lain-lain. Bila kau rasa cuma ada diri kau sorang je. Orang lain langsung tak nak hulurkan tangan mereka. Kau akan rasa hancur. Bukan aku nak tutup diri aku, tapi mereka yang palingkan muka diorang dari aku.

Cuma mungkin sekarang aku dah okay sikit. Aku jumpa kawan yang boleh aku anggap kawan baik. Dia lah yang buat aku terus sedar dan tahan aku untuk tak buat benda yang bukan-bukan. Luaran aku sekarang ni banyak cakap, banyak ketawa. Tapi sebenarnya tu hanya untuk tutup semua luka-luka aku.

Untuk kakak aku. Thanks jadikan aku macam ni. Mungkin kakak sekarang puas hati dan gembira. Sebab semua perhatian diorang, diorang bagi dekat akak. Jangan risau, adik kau ni langsung tak akan ambil perhatian dan kasih sayang yang akak nak sangat dari dulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen