Ratusan ribu pengguna ditipu sejak 40 tahun dulu dengan daging lembu tak halal?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mencetuskan kebimbangan masyarakat Muslim Malaysia apabila "kartel daging" yang beroperasi selama 40 tahun terakhir baru-baru ini didedahkan telah memalsukan dokumen halal.

Difahamkan, ‘kartel daging’ berkenaan telah mengedarkan daging lembu halal yang palsu namun telah menyerahkan daging kuda / kanggaru sebagai daging lembu.



Menerusi laporan The New Straits Times, ketika daging tersebut sampai ke negara ini, daging itu akan dicampurkan dengan daging lembu di gudang yang dikendalikan oleh kartel sebelum dijual kepada pembekal.



Daging lembu berpenyakit

Menurut sumber yang tidak mahu dikenali, antara stok yang mereka bawa adalah daging kanggaru, kuda dan lembu. Bahkan, daging lembu yang diperolehi juga bukan dari yang berkualiti dan ada yang berpenyakit kerana ingin mendapatkan harga yang lebih rendah.

"Kartel membeli daging dengan harga hingga 50 peratus lebih murah daripada daging yang diperoleh dari tempat sembelih dan kilang pemprosesan yang diperakui.

"Daging itu kemudian akan dihantar ke Malaysia dan dibawa melalui trak dan lori ke gudang kartel, di mana ia dicampur dengan daging halal yang diperakui.

"Ditambah dengan menghindari cukai dan prosedur yang terlibat dalam mengimport daging halal yang diperakui, kartel itu akan menghasilkan keuntungan yang sihat," kata sumber.

300 hingga 400 kontena sebulan

Kartel juga dikatakan telah mengambil daging import beku yang tidak pasti halalnya sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dari luar negara.



Sumber berkata, lebih dari 60 kontena barang-barang ini dibawa masuk antara November tahun lalu dan April ke Northport dan Westport di Pelabuhan Klang sebelum dihantar dan lakukan pemeriksaan untuk pasaran.

"Kami telah menentukan bahawa kartel membawa 300 hingga 400 kontena sebulan, yang berasal dari kilang pemprosesan yang tidak diperakui dan juga negara-negara yang pentauliahan halal tidak diakui oleh pihak berkuasa Malaysia,” ujarnya.

Katanya, anatara negara yang terlibat adalah Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Sepanyol, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.


Untuk pengetahuan bahawa negara-negara yang terlibat dengan pentauliahan halal kilang memprosesnya diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah Australia, Argentina, Brazil, India, Afrika Selatan, Pakistan, Jepun, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Sanggup terima rasuah untuk lepas

Menurut sumber lain, pegawai kerajaan yang korup sanggup rasuah antara RM150 hingga RM3,000 untuk menutup mata bagi membolehkan kargo ini dilepaskan. Manakala, pegawai di lapangan, dikatakan menerima bayaran antara RM150 hingga RM500 untuk melepaskan setiap kontena.



Setiap bekas, kata sumber itu, memiliki sekitar 25 tan daging, yang akan dikirim ke gudang kartel untuk dikemas semula dan ditampar dengan pelekat halal palsu sebelum diedarkan ke pasar dan pemborong sebelum dijual kepada pengguna.

Sumber lain turut menyatakan bahawa mengimport daging yang tidak diperakui dan mencampurkannya dengan daging dari sumber yang sah, kartel itu mendapat keuntungan daripada mengelakkan cukai dan duti serta kos yang terlibat dalam proses pensijilan halal dan aktiviti kartel itu telah berjalan selama 40 tahun.

Kumpulan ini juga dipercayai memiliki sistem yang kuat bagi memastian bahawa produk dari tempat penyembelihan hingga berjaya meloloskan diri dari pemeriksaan rasmi.

Justeru, pembongkaran ini telah mencetuskan kebimbangan rakyat dalam mencari daging halal sebagai makanan harian.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen