Cuba muhasabah diri, Nabila Razali tepis tanggapan terkena buatan orang

Oleh: Zuzu Yasmine

Peminat lagu Peluang Kedua pastinya teruja apabila lagu tersebut berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35). walaupun lagu tersebut dinyanyikan oleh pencipta lagu itu iaitu Hael Husaini di separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).



Bagaimanapun, baru-baru ini Hael Husaini telah berkongsi kepada semua peminat lagu tersebuat bahawa penyanyi Nabila Razali akan mendendangkan lagu tersebut sendiri di pentas akhir nanti.



Menurut laporan Berita Harian, Nabila dikatakan mengalami masalah peti suara dan memerlukan rehat dalam jangka masa yang panjang agar suaranya pulih semula.

“Doktor menasihatkan saya berehat untuk suatu tempoh yang lama. Walaupun kecederaan yang saya alami tidak begitu serius iaitu ada ketulan kecil pada peti suara, namun doktor menyarankan saya berehat,” katanya.


Penyanyi berusia 28 tahun itu juga tidak menafikan bahawa dirinya pernah terdetik menyatakan penyakit yang dialami itu mempunyai kaitan dengan unsur mistik.

“Tipulah kalau perkara itu tidak terlintas dalam fikiran. Tapi saya tak mahu menggalakkan diri membiarkan pemikiran sebegitu sebagai punca setiap kali saya ditimpa musibah,” ujarnya lagi.

Namun begitu, dia tidak mahu orang menganggap bahawa dirinya mudah percaya akan perkara tahyul selian merasakan dirinya bukan sesiapa sehingga ada yang sanggup melakukan perkara seperti itu.

"Saya banyak bermuhasabah diri apabila mengenangkan aset saya terganggu," katanya sambil menepis tanggapan nakal itu.

Selain berehat, Nabila juga mengamalkan petua yang dikongsi penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai rawatan alternatif untuk peti suaranya itu.

"Saya merujuk kepada beberapa penyanyi yang pernah mengalami masalah serupa dengan saya. Ada antara mereka mengambil masa berbulan-bulan untuk sembuh. Siti antara yang berkongsi petua dan menyarankan saya minum air sarang burung sebagai antara rawatan berkesan menyembuhkan keadaan," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen