Pilihan hati

Oleh: Siti Nur Ain

Perkenalan aku dengan dia sekejap. Tapi aku akhirnya bahagia dengan dia. Dia jodoh yang tak disangka dengan perkenalan hanya setakat sebulan je.

Kami berkenalan pun tak sengaja sebab nak berebut buku dekat kedai buku. Kebetulan buku yang kami nak popular. Jadi kami berebut bila buku tinggal satu. Akhirnya dia yang jadi gentleman, dia pun bagi aku buku tu.

Lepas dari tu, kami berkenalan dan tukar nombor telefon. Aku yang rasa macam bersalah juga sebab dia pun nak buku yang sama. Akhirnya aku janji aku akan belanja dia, untuk balas budi dia yang bagi buku tu dekat aku.

Kami pun berjumpa dan semakin rapat. Aku namakan dia Halim. Halim ni dia agak introvert sebenarnya. Masa aku minta nombor dia untuk aku belanja dia pun agak susah. Sebab dia ragu-ragu nak bagi. Tapi bila aku paksa, barulah dia nak bagi.

Aku ni jenis extrovert dan suka bercakap. Mostly aku yang banyak cakap dan dia pendengar. Tapi aku bahagia sebab dia tersenyum dan angguk dengar cerita aku. Rasa lah dihargai sebab orang bagi attention dengar semua kau cakap.

Kadang kami juga akan bertukar pendapat atau argue antara satu sama lain. Bila pendapat kami berbeza. Jadi hubungan kami tak ada kaku sangat dan bosan. Sepanjang aku berkenalan memang bahagia lah aku rasa.

Tapi sebab dia introvert dan pakaian dia macam nerd sikit. Dengan cermin mata, rambut rapi. Orang sekeliling aku selalu perlekehkan Halim. Macam betul ke kau nak dengan dia? Eii dia tu nerd lah. Tak sesuai dengan kau.

Tapi kesah pulak dengan apa orang cakap pasal Halim. Aku boleh terima pendapat kalau dia cakap pasal sikap dia, atau perangai dia. Tapi aku tak boleh bila orang judge melalui luaran dan pakaian dia je.

Macam kau tak kenal pun dia, tapi kau dah memandai buat andaian sendiri. Macam tu memang aku tak boleh nak terima.  Dan aku cuma senyum masam je untuk semua pertanyaan mereka.

Lagipun yang jadi kekasih dia tu aku, bukannya diorang. Jadi kenapa diorang pulak yang nak menyibuk. Cukup aku bahagia dengan dia, dia penyayang dan ada kerja tetap. Tu semua bagi aku dah cukup. Untuk lebih-lebih, lepas kahwin nanti boleh cari dan kumpul sama-sama.

Jadi bila cukup sebulan tempoh kami berkenalan, akhirnya keluarga dia masuk meminang aku. Mulanya family aku tak setuju sebab kami kenal baru sekejap. Sekejap sangat dan parents aku tak nak aku menyesal nanti.

Tapi aku buat solat istikharah 3 hari dan akhirnya aku yakin untuk menerima lamaran dari Halim. Parents aku yang dengar aku setuju pun ikutkan kehendak aku. Bagi mereka asalkan aku bahagia, mereka pun bahagia.

Akhirnya kami pun bernikah dengan majlis yang sederhana je. Halim bincang dengan aku, aku nak majlis mewah atau sederhana. Dan aku jawab yang aku nak sederhana je. Family kami setuju dan akhirnya majlis kami sangat simple dan jimat.

Masa bersanding, barulah pertama kalinya aku nampak dia tak pakai cermin mata dan hilang imej nerd dia. Tak sangka aku, hensem jugak sebenarnya laki aku ni. Bila aku usik dia, dia akan malu dan muka dia merah.

Masa tu aku gelakkan je Halim, dia comel sangat bila malu. Tapi kawan aku pun terkejut bila tengok Halim. Yelah diorang tak sangka lelaki nerd selama ni diorang ejek, rupanya hensem bila bukak cermin mata.

Sepanjang kami berkahwin, tak ada masalah besar menimpa kami. Cuma kami agak kekok sebab nak sesuaikan sikap masing-masing. Nak terima kekurangan dan kelebihan masing-masing, tapi semuanya berjalan sempurna macam biasa.

Cuma ada lah ex-girlfriend Halim datang nak kan Halim balik. Dia cakap dia sanggup jadi bini nombor 2 Halim kalau Halim terima dia balik.

Aku yang dengar buat aku menyirap. Macam hello. Kalau Halim tu terima, ingat aku nak terima? Ingat aku senang-senang nak bagi Halim kahwin lagi satu? Memang tak lah.

Tapi Halim sikit pun tak pandang ex dia. Dia abaikan dan apa je jadi dia akan bagitahu aku. Aku pun akan buat benda sama kalau jadi apa-apa, kami akan bagitahu. Sebab cara kami, macam tu lah kami jaga kepercayaan kami. Kami tak nak sebab benda ni akhirnya boleh jadi salah faham.

Dan boleh jadi ruang untuk orang ketiga muncul. Jadi kami slow talk dan selalu berbincang. Aku bersyukur sangat dapat suami yang macam Halim. Walaupun mulanya ramai yang ragu dengan Halim. Tapi aku percaya dengan pilihan aku.

Sekarang ni, aku langsung tak ada rasa menyesal dan ragu. Memang lah rumahtangga mana je tak dilanda badai. Tapi bila masing-masing boleh berbincang, In Shaa Allah semuanya akan jadi okay. Yang perlu ada, sabar yang tinggi, jangan ikutkan ego dan banyak lagi lah.

Nanti korang dah kahwin, korang akan alami juga benda yang sama dengan aku alami. Kehidupan rumah tangga tu macam mana. Tapi jangan pernah story masalah rumah tangga kau dekat orang luar. Sebab percaya lah tak semua orang suka tengok kita bahagia.

Takut tersalah tempat luahkan masalah, bukan masalah selesai. Tapi dia makin jadi batu api yang sengaja buat benda tu makin besar dan akhirnya makin berlanjutan lah masalah tu.

So jangan lah takut ikut pilihan hati. Mana tahu pilihan hati kau lah sebenarnya kebahagian yang selama ni kau cari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen