Tinggal di rumah usang, 7 beranak terpaksa makan nasi sekali sehari

Oleh: Zuzu Yasmine

Malu meminta dan rela makan nasi sehari sekali kerana kekurangan wang, itu yang dialami oleh penoreh getah dan keluarganya berikutan pendapatan terjejas teruk.



Menurut laporan Harian Metro, Mat Zaid, 41, serta keluarganya tinggal di sebuah rumah usang yang sudah separuh roboh di Kampung Jelaping, Gua Musang Kelantan.

Katanya, mereka sekeluarga malu untuk meminta sedekah daripada penduduk sekampung walaupun terdesak.

"Kami tujuh beranak sudah 10 bulan terpaksa catu makanan dengan makan nasi sekali sehari kerana tiada duit," katanya.

Tak mampu sediakan makanan berkhasiat

Difahamkan upah menoreh getah terjejas teruk menyebabkan dirinya hanya mampu memberi menu harian yang kurang berkhasiat kepada anak-anaknya.

"Saya lebih banyak mengajar lima anak berusia antara dua hingga 13 tahun makan makanan ringan sepanjang hari termasuk biskut kering dicicah dengan teh 'O'.



"Ada kalanya saya bersama isteri menitiskan air mata melihat anak diberi makanan seumpama itu sebagai menu harian walaupun kurang berzat.

"Malah, lauk untuk makan tengah hari pula bergantung kepada kemampuan terutama sekadar telur digoreng cicah kicap," ujarnya.

Bimbang fikirkan masa depan anak

Mat Zaid turut meluahkan rasa kebingungan memikirkan masa depan keluarganya dan ditambahkan pula sukar mencari peluang pekerjaan lain bagi menampung perbelanjaan.

Tambahnya, dia tidak kisah untuk tinggal di rumah usang berkenaan asalkan keluarganya mendapat makan yang cukup setiap hari.

"Anak memahami hidup kami miskin dan terpaksa terima hakikat tidak mampu berbelanja seperti orang lain walaupun ada kalanya mereka minta lauk ayam.

"Paling merisaukan apabila sekolah dibuka awal tahun depan dan sudah tentu perbelanjaan besar diperlukan untuk tiga anak," luahnya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen