Atok dan nenek bersanding semula atas pelamin, sambut ulangtahun perkahwinan

Oleh: Zuzu Yasmine

Meraikan ulang tahun perkahwinan adalah satu perkara biasa buat pasangan suami isteri. Nak-nak lagi kalau usia perkahwinan baru sahaja mencecah setahun dua, tentunya menjadi kemestian untuk sambut anniversary dengan pasangan tercinta.



Namun begitu, jika sambut anniversary pada usia perkahwinan sudah mencecah berbelas atau puluhan tahun dengan cara tersendiri tentunya lebih unik dan dihargai.

Itulah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini yang kembali menyarung baju perkahwinan untuk menyambut wedding anniversary mereka.



Ingatkan isteri baru


Menerusi Instagram malayweddingdress, pasagan suami isteri ini telah menarik perhatian ramai. Di mana, mulanya ingatkan lelaki berkenaan berkahwin dengan wanita lebih muda namun rupanya pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.



Difahamkan, pasangan ini merupakan persara guru yang memilih menyambut ulang tahun mereka dengan mengambil gambar semula dengan pakaian pengantin. Tapi sekali tengok macam pengantin baru.



Tersipu malu atas pelamin

Aksi pasangan ini terlihat sangat comel apabila isteri yang berusia 56 tahun tersenyum malu apabila jurugambar menyarakan untuk saling bertentang mata suaminya yang berusia 58 tahun ketika di atas pelamin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyatakan bahawa pengantin perempuan kelihatan muda dari umur sebenar malah ada juga yang menyatakan bahawa cara pasangan ini sambut ulang tahun perkahwinan begitu romantik.

Bahkan, rata-rata warganet juga turut mendoakan agar suami isteri ini terus bahagia hingga ke syurga.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen