Individu sebar berita palsu dakwa Neelofa sudah berkahwin & terkena minyak pengasih dicari

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru ini, tular akan isu keretakkan perhubungan antara usahawan terkenal Neelofa dan juga pendakwah selebriti Harris yang mencetuskan rasa ingin tahu peminatnya.



Perkara tersebut dipercayai mula menjadi tanda tanya warganet apabila kakak dan adiknya, Noor Nabila dan Nur Amira Khan memuat naik Instastory di platfom Instagram.

Neelofa menafikan

Tidak hanya itu sahaja, perkara tersebut juga kecoh di laman Twitter selepas salah seorang pengguna laman tersebut memuat naik screenshot perbualan menerusi aplikasi Whatsapp antara dirinya dan juga seseorang yang rapat dengan Neelofa.

Berdasarkan screenshot tersebut, individu berkenaan mendakwa Neelofa telah berkahwin di Kelantan, malah terkena minyak pengasih.



Bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan oleh Neelofa sendiri dalam satu kenyataan rasmi semalam.





Syamira dicari

Walaupun keadaan telah reda, Nadiah yang dipercayai pembantu peribadi Neelofa telah memuat naik satu Instastory bagi mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan segala fitnah terhadap majikannya itu.



Menurut perkongsian tersebut, Nadiah dikatakan mencari individu berkenaan kerana dipercayai telah menyebarkan segala berita palsu berkenaan Neelofa malah meminta orang ramai yang mempunyai info berkenaan wanita tersebut untuk tampil membantunya.

Akaun dah diactivate

Sebelum ini, pengguna laman Twitter Syamira telah memuat naik screenshot perbualan Whatsapp yang telah mencalarkan imej Neelofa dengan mengatakan bahawa usahawan tersebut telah bernikah, terkena mintak pengasih serta menghabiskan duitnya kepada Harris.

Bagaimanapun, selepas berita tersebut tersebar, akaun kepada SyamiraSafiya02 tidak lagi aktif dan akaun tersebut dipercayai sudah diactivate oleh pemiliknya.


Semalam, segala tuduhan tersebut telah disangkal oleh Neelofa sendiri dengan menyatakan tuduh tersebut tidak berasas malah meminta peminatnya untuk tidak mudah percaya akan berita palsu yang tersebar.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen