Tak perlu bermewah, Bellaz sambut ulangtahun perkahwinan di rumah sambil makan nasi goreng dengan suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Tarikh yang paling diingati oleh isteri adalah hari perkahwinan dirinya dengan suami tercinta. Malah, jika suami terlupa akan tarikh tersebut boleh jadi punca isteri merajuk seminggu.



Bahkan, setiap pasangan tentunya mempunyai cara tersendiri untuk meraikan ulang tahun perkahwinan ini. Ada yang beri kejutan, ada juga yang membawa pasangan makan malam romantik berdua.

Sambut anniversary ke-8

Baru-baru ini, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dan juga suami, Anuar Ahmad telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8.

Menerusi laman Facebook Make Up by Bellaz, pasangan ini menyambut ulang tahun mereka pada 25 Disember lalu dengan penuh sederhana.



Bellaz juga melakukan kejutan dengan mengenakan make up khas buat suami tercinta Bellaz sempat meluahkan rasa syukur akan perjalanan perkahwinannya malah meluahkan rasa sayang pada suami tercinta.

Nasi goreng kenangan bersama

Bellaz juga menyatakan bahawa mereka meraikan ulang tahun perkahwinan mereka dengan nasi goreng kegemaran bersama bagi mengimbau kenangan saat mereka susah dahulu.

Malah menurutnya, dahulu mereka terpaksa berkongsi nasi goreng tersebut kerana teringin, namun apabila sudah senang ini dia meminta agar suaminya tidak melupakan nasi goreng yang dia teringin dahulu.



Perkongsian tersebut telah menarik perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun malah turut mendoakan kebahagiaan mereka.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen