Lelaki bernama H

Menyayangi dan mencintai adalah fitrah manusia. Aku pun nak sebuah kisah percintaan yang sempurna tapi pertemuan dengan H membuatkan aku tertanya, inikah kisah cinta aku? 

Aku dan H bertemu sebagai rakan sekerja pada awalnya. Masa tu, aku adalah staff baru di syarikat tersebut dan H orang pertama yang menegur ku sekali gus merangkap sebagai ketua aku. Secara fizikal, H menepati ciri-ciri lelaki idaman aku. Dia bergaya, kemas, soft spoken, tinggi dan kulitnya sawo matang. 

Aku berusia 27 tahun ketika itu dan H pula beza dua tahun lebih tua daripada aku tapi wajah H yang awet muda membuatkan aku lebih tertawan. Hubungan kami semakin rapat bila satu hari tu, H hantar aku balik rumah sebab aku kerja overtime dan dia pun sama. Aku segan juga mula-mula tu, ye lah dia ketua aku takut pula orang lain fikir apa tapi H memang dikenali sebagai lelaki yang budiman dan memang bukan jenis orang yang suka ambil kesempatan atas orang lain. Jadi, staff yang lain tak adalah fikir yang bukan-bukan.

Aku selalu berhati-hati dengan tingkah aku dan aku juga selalu jaga jarak antara aku dan H. Sebab aku dah ada perasaan yang berbeza terhadap dia. Lebih-lebih lagi, bila aku dah dapat tahu yang sebenarnya dia tu dah berkeluarga. Tapi, kalau hati dah terpaut tu macam-macam perkara yang boleh berlaku. Semakin aku jaga jarak dengan H semakin tu juga dia cuba rapat dengan aku. H pernah tanya aku kenapa aku jauhkan diri dari dia dan aku pun berterus terang dengan H yang aku tak selesa bila kami rapat sangat. Aku minta H layan aku macam staff biasa dan biarlah kami berhubung hanya kerana kerja. 

Lepas aku cakap macam tu, H pun tak hubungi aku selama sebulan dan kami langsung tak pernah keluar bersama sebulan tu. Bila dekat pejabat aku dan H hanya bertegur untuk hal kerja dan tiada lagi masa untuk berbual bila terjumpa di pantry pejabat. Aku rasa janggal juga dengan situasi macam tu lebih-lebih lagi bila H banyak menolak idea aku ketika kami ada mesyuarat. 

Pada awalnya aku rasa idea aku memang tak bernas dan tak munasabah tapi bila berlaku dengan sangat kerap aku jadi pelik. Apa yang aku lagi tak puas hati bila, hasil kerja aku asyik kena tolak dan H tolak dengan sebab-sebab yang pelik. Aku sabar saja dengan perangai H walaupun rakan sekrja aku yang lain mengatakan bahawa aku patut bertanya dengan H apa sebenarnya kesalahan aku tapi aku tetap tak nak buat sebab aku tahu tu semuanya alasan H untuk aku stay dengan dia. 

Satu hari tu, aku masuk pejabat macam biasa dan bila aku sampai dekat meja aku nampak ada sehelai nota dekat atas meja. H meminta aku masuk ke pejabatnya dan aku hanya membiarkan saja nota tersebut memandangkan pada waktu tersebut hanya ada aku dan H sahaja dalam pejabat. Tak lama kemudian, H keluar dan memanggil aku. Aku ragu-ragu nak masuk sebab entahlah aku fikir macam-macam boleh berlaku tapi aku masuk juga dengan harapan H tak buat perkara yang pelik.

Bila aku masuk saja bilik dia, dia terus menghulurkan satu kotak kecil kepada aku. Dia mengatakan tu sebagai hadiah ulang tahun aku sebulan lepas. Aku hanya memandangnya tanpa senyuman tapi H meminta aku untuk membuka kotak tersebut dan kotak tu ada sebentuk cincin. Aku menolak pemberian H tapi H mengatakan yang dia beli cincin tu khas untuk aku serta dia juga mengatakan bahawa dia bagi sebagai tanda kawan. Aku tak tahu nak percaya ke tidak dengan kata-kata H. 

Sejak tu, hubungan aku dengan H kembali seperti biasa tapi aku masih cuba untuk mengawal diri aku supaya tak terlebih tapi perasaan aku ni, aku tak tahu nak buat macam mana. H juga semakin hari seperti memberikan aku harapan dan rasa sayang tu semakin kuat dalam diri. Sampai ke hari ni, aku pun tak pasti selama mana aku boleh bertahan untuk kawal rasa ni. Adakah aku patut teruskan untuk kerja di bawah H dan menerima dia? Aku keliru.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen