Jadi tanda tanya, netizen perasaan Neelofa tak lagi pakai cincin risik

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas tampil menjelaskan isu berkaitan keretakkan hubungan antara usahawan terkenal Neelofa dan juga pendakwah selebriti Harris, yang menimbulkan rasa ingin tahu peminatnya.



Namun, segala dakwaan tersebut dinafikan oleh Neelofa sendiri, malah usahawan tersebut juga menyatakan bahawa kini kedua belah keluarga sedang dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian mengenai hubungan mereka.



Neelofa dah tak pakai cincin?


Walau bagaimanapun, sekali lagi nama Neelofa menjadi perhatian warganet selepas dirinya dilihat tidak lagi memakai cincin risik yang selama ini tersarung di jari manisnya.

Penampilan Neelofa dalam video yang dimuat naik malam tadi tanpa memakai cincin tersebut menguatkan spekulasi hubungannya dengan Haris sememangnya seperti retak menanti belah.




Menerusi rakaman tersebut, Neelofa hanya berkata, setiap hubungan ada cerita-cerita tersendiri dan tidak manis untuknya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya dan Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” katanya.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen