Lonely dan kosong

Oleh: Siti Nur Ain

Aku ada masalah. Aku sebenarnya tak tahu dengan emosi sendiri. Kadang-kadang aku rasa lost dan macam kosong sangat. Jiwa aku kosong. Biarlah korang tak kenal siapa aku. Aku cuma nak cakap apa yang aku rasa je.

Aku anak bongsu dan ada abang sorang. Kehidupan aku memang dah diatur oleh mak ayah aku. Jadi aku tak perlu pendapat dan keputusan untuk buat something. Sampai aku nak makan apa, baju apa yang aku pakai, siapa yang patut aku kawan, tu semua dah ditentukan.

Dan aku yang memang jenis introvert, tak suka sangat bergaul dengan orang dan pendiam, aku ikut je lah apa yang parents aku cakap. Takkan aku nak melawan? Memang tak lah. Itulah kehidupan aku dari aku lahir sampai lah aku besar.

Mungkin sebab aku bongsu, tu yang semuanya kena sesuai apa yang parents aku cakap. Tapi semua tu dah makin kurang bila aku dah nak habis SPM. Time tu lah aku boleh buat keputusan aku sendiri sikit demi sikit.

Tapi efeknya masih lagi sampai sekarang. Aku jadi tak ada pendapat sendiri. Aku tak tahu nak luahkan pendapat aku dan kadang-kadang aku jadi takut. Takut dengan penolakkan orang kalau aku bagi keputusan. Sebab trauma dengan penolakkan keluarga bila aku buat keputusan sendiri.

Kadang-kadang mereka bagi aku buat keputusan, tapi lepas tu aku akan ditolak dan disalahkan. Jadi aku terfikir apa guna aku buat keputusan kan? Baik aku ikut je keputusan orang lain. Sekurangnya aku tak kena reject, tak kena salah, tak kena semua tu.

In the end, aku sendiri tak tahu apa yang aku nak bila dah besar ni. Emosi apa yang patut aku tunjuk, semua tu aku tak tahu. Aku selalu akan ikut emosi orang. Dia nangis, aku nangis. Dia ketawa, aku pun ketawa. Semua tu aku ikut orang lain. Walaupun sebenarnya aku tak rasa benda tu sedih dan kelakar.

Aku cuma ikut sebab aku tak nak kena anggap pelik. Of course siapa je tak pelik, orang semua sedih tapi kau langsung tak sedih. Rasa macam emosi tu tak ada dekat dalam diri. Dan benda tu tetap sama bila aku dengan family atau kawan rapat.

Sebenarnya benda ni langsung aku tak bagitahu siapa-siapa. Aku simpan sorang-sorang dengan kemas. Lagipun jenis introvert ni senang sikit, Semua masalah dia, jarang orang nak tahu dan orang lain pun rasa tak berminat nak tahu.

Sebenarnya aku lonely, aku rasa sorang-sorang tak ada kawan. Walaupun masa tu aku ketawa dengan kawan-kawan aku. Aku rasa aku dah jadi macam robot yang ikut semua orang buat. Aku tak tahu diri sebenar aku macam mana.

Apa yang aku suka, apa yang aku nak. Sebenarnya aku rasa stress sangat sampai berapa kali terfikir nak bunuh diri. At least aku tak ada lah rasa tertekan dan hilang arah. Aku pernah cuba nak buat keputusan sendiri, tapi tak boleh.

Aku tak tahu kenapa.

Dan aku akan banyak topeng, talam dua muka. Bila aku dengan kawan kampung aku, aku layan mereka lain. Sikap, gaya dan semuanya lah berubah. Berubah jauh bila aku dengan kawan aku dekat Universiti. Aku rasa macam aku mainkan dua watak berbeza. Sebenarnya bukan dua je, tapi banyak watak.

Tiap kali dengan orang lain, aku akan berubah sikit. Walaupun diorang baik, dan sikap lebih kurang sama. Aku akan jadi orang yang macam mana mereka nak. Aku akan tunjukkan sisi aku yang baik dan indah-indah semua. Sampai lah diorang nak berkawan dengan aku.

Walaupun aku introvert dan tak banyak cakap, tapi sebab benda ni aku jadi ramai kawan. Diorang yang start kenal aku, biasanya memang jarang pergi dari sisi aku. Lagi-lagi bila diorang ada masalah.

Sebab mesti diorang akan cari aku untuk mereka luahkan masalah mereka. Dan aku pun dengar je lah. Atau kadang-kadang bagi nasihat bijak dan solution.

Aku ni kejam ke? Ke ni memang diri aku sebenar? Atau aku kena jumpa someone untuk aku cakap masalah ni? Atau sebenarnya ni bukannya masalah besar sampai aku kena risau? Benda ni biasa yang kadang-kadang orang lain pun rasa, bukan aku sorang je.

Semua soalan tu selalu main dekat kepala aku. Aku ni sihat ke tak? Bukan sihat secara fizikal, tapi mental aku dan emosi aku.

Mesti ramai yang tak sangka aku macam ni. Sebab bagi mereka yang rapat dengan aku, dia akan cakap aku ni jenis terlebih santai dan langsung tak ada masalah. Macam hidup aku ni bahagia sangat. Tak payah nak fikir semua benda.

Tapi hakikat sebenar, aku selau berperang dengan diri sendiri. Rasa kesian sangat dekat diri sendiri. Sebab keliru mana diri sendiri yang sebenar. Rasa semua benda tu palsu dan dibuat-buat. Topeng yang akan aku buat tiap kali jumpa orang baru.

Kalau korang cakap aku jauh dari Tuhan, aku sembahyang penuh. Aku pun baca Al-Quran, tapi tetap kosong. Tak dapat rasa semua tu.

Tapi mungkin ni memang nasib aku kot. Mungkin aku patut terima je diri aku ni. Jadi aku tak payah nak susah-susah fikir lagi. Terlebih lagi bila dengan kawan aku. Walaupun mereka tak tahu aku ni sebenarnya macam mana. Tapi diorang still nak berkawan dengan orang macam aku.

Untuk family aku, aku tak tahu nak cakap apa. Mungkin terima kasih sebab lahirkan aku dekat dunia ni dan besarkan aku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen