Kecewa ditinggal kekasih kerana badan berisi, gadis nekad dapatkan bentuk badan ideal

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tak nak pasangan yang cantik atau kacak. Namun, rupa paras ini hanya satu kelebihan yang hilang apabila sudah dimamah usia nanti.

Tapi itulah perkara yang akan dipandang terlebih dahulu sehingga sanggup melukakan hati orang lain demi mendapatkan apa yang diingini.



Itulah dilalui Ain Qalisha apabila dirinya ditinggalkan kekasih hati gara-gara paras rupanya tidak seperti diinginkan teman lelakinya.

Kena reject sebab gempal

Memuat naik video tersebut di aplikasi TikTok, Ain memaparkan perubahan dirinya dari zaman gempal hinggalah berubah memiliki bentuk badan idaman.



Menurutnya dia mengalami patah hati dimana, ditinggalkan teman lelaki dengan penampilan yang kurang menarik hanya kerana lelaki berkenaan ingin bersama teman wanita yang lebih cantik.

Nekad ubah diri

Kecewa akan perkara tersebut, Ain nekad untuk lakukan perubahan pada fizikalnya.

Ain juga meluahkan rasa syukur apabila dia bertemu dengan seseorang yang menjadi pemangkin semangat dirinya malah menerima dirinya seadanya.



Sempat berkongsi beberapa tips, Ain juga mengumumkan berita gembira bahawa dirinya akan mengikat tali pertunangan dengan jejaka tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang memuji kecantikkan dirinya sebelum dan selepas perubahan tersebut. Malah, perkara tersebut turut memberi inspirasi kepada mereka dalam usaha menurunkan berat badan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen