Terima hadiah kahwin yang unik, Balkisyh terharu dengan pemberian suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Selamat bergelar seorang isteri kepada seorang penjawat awam Sabtu lalu, pelakon Balkisyh Semundur Khan telah menerima hadiah perkahwinan istimewa suami tercinta, Mohd Nazri Zakaria.



Terima nombor plat hadiah kahwin

Menurut pelakon berusia 33 tahun itu, dia menganggap nombor plat berkenaan dengan initial namanya BQK122 cukup memberi makna tersendiri buat dirinya.

“Saya cukup terharu bila suami hadiahkan nombor plat kereta yang tertera nama saya BQK122.

“Selalu bila kahwin dapat kereta baharu, saya pula dapat nombor palt itu yang cukup istimewa bagi saya.

“Mungkin harga nombor ini dalam ribuan ringgit, saya pun tak tanya dengan suami,” katanya.

Jelasnya lagi, dia akan meletakkan nombor plat tersebut di kereta Honda City miliknya.


Akan terus berlakon

Pelakon drama Mok Cun itu juga menyatakan bahawa dia akan meneruskan kerjaya sebagai pelakon selepas mendapat keizinan daripada suaminya.

“Suami tidak akan menghalang saya untuk terus berlakon, malah dia galakkan lagi. Dia faham dengan kerja saya dan tak cemburu bila saya ada babak-babak romantis dengan pelakon lelaki,” katanya.

Balkisyh juga menyatakan bahawa dirinya bertuah dapat suaminya itu kerana sentiasa ada dengan dirinya.

Terdahulu, Balkisyh pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengarah drama, namun disahkan bercerai pada 2017. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen