Pembaca berita berdepan dengan situasi 'janggal' diam diri selama 2 minit ketika 'live'

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan mudah nak berkerja secara siaran langung yang ditonton oleh ribuan orang. Lebih-lebih lagi jika terpaksa berdepan dengan sesuatu yang tidak dijangkakan tentu sahaja akan hilang fokus sebentar.

Namun, pembaca berita ini boleh diberikan pujian kerana tetap fokus dan profesional terhadap kejadian yang berlaku.



Itu yang berlaku kepada pembaca berita TV3 yang dikatakan berdepan dengan masalah yang tidak dijangka.

Masalah teknikal

Semalam, tular satu perkongsian di TikTok berkenaan video mengenai pembaca berita yang dikatakan berada alam situasi janggal ketika membuat liputan berita semasa bersiaran langsung.


Video tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nick_sohide yang merasa pelik akan perkara tersebut.



Dua minit berdiam diri

Pembaca berita tersebut dikatakan berdiam diri selama dua minit sebelum memaklumkan bahawa mereka mempunyai masalah teknikal yang di luar kawalan mereka.

Keadaan bertambah janggal apabila pembaca berita berkenaan terlihat keluar daripada frame dan kemudian masuk semula untuk mengakhiri siaran langsung tersebut.

Perkara tersebut telah menimbulkan rasa ingin tahu warganet yang tertanya-tanya apa yang sedang belaku pada ketika itu. Malah ada juga yang menyangkakan TV mereka mengalami kerosakan serta memahami keadaan tersebut yang dikatakan bukan mudah bekerja secara siaran langsung.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen