“Terima kasih sudi jadi isteri abang...” -Luahan sayu suami buat ramai sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, pernah tular di media sosial apabila satu pasang pengantin bernikah dalam keadaan mempelai wanita berjuang melawan penyakit barah limfoma yang ketika itu berada di tahap empat.

44 hari bergelar isteri

Selepas bergelar isteri selama 44 hari, Siti Fatihah Aireina Hamzah telah menghembuskan nafasnya beberapa hari lalu. Perkara tersebut dimaklumkan oleh keluarga terdekat menerusi akaun Facebook.



Masing-masing menzahirkan rasa sedih namun tetap redha apabila ahli keluarga tersayang dijemput Ilahi selepas sekian lama menanggung derita.

"Terima kasih sayang atas segala memori..."

Namun, hari ini, suaminya pula Aiman Adam telah meluahkan rasa sepanjang tempoh perkenalan dan selepas allahyarham menjadi isteri menerusi akuan Facebook miliknya.

“Sepanjang perkenalan kita sejak 10 tahun lalu, bermacam dugaan yang kita hadapi, namun lebih banyak kebahagiaan yang kita kecapi. Bermacam yang kita rancang, namun rancangan Allah adalah yang lebih baik sayang,” luahnya.

Sebak dengan perkongsian tersebut, Aiman juga menyatakan rasa syukur kerana berpeluang menjadi suami kepada insan tersebut serta meredakan pemergian isteri tercinta.

“Abang maafkan segala silap sayang, abang halalkan segala makan minum, abang redha atas segalanya.Terima kasih sayang atas segala memori indah yang sayang berikan.”

Malah, Aiman juga turut meminta sesiapa yang mengenali isterinya dan terdapat urusan yang belum selesai dengan allahyarham boleh bertemu secara perbadi dengannya.


Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut sebak membacanya dan mengharapkan Aiman tabah dan terus kuat.

Terdahulu, pasangan ini telah diijabkabul pada 16 November lalu dengan majlis yang serba sederhana berikutan sudah tidak mampu bangun dari katil disebabkan barah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen