Syahmi Sazli kekok buat surprise pertama kali pada isteri, tak sangka Nisa boleh sebak

Oleh: Zuzu Yasmine

Terkenal dengan drama-drama pendek yang spontan dan menghiburkan, nama Syahmi Sazli tentunya begitu dikenali ramai.

Malah, filem pertama arahan beliau yang berjudul Mael Totey juga berjaya mendapat tempat di hati peminat hingga mendapat pulangan yang memberangsangkan.


Pertama kali buat surprise

Melihat perkongsian terbaru beliau di laman Instagram, Syahmi Sazli atau nama penuhnya Muhammad Syahmi telah memuat naik satu video yang memaparkan dirinya di pusat beli belah untuk membeli sebuah telefon bimbit buat isteri tercinta.

Menurut Syahmi, sejak berkenalan dengan isterinya Annisa Faizul, dia tidak pernah membuat kejutan dan ini merupakan kali pertama.

“Sejak tiga tahun kenal Nissa, ini baru first time buat surprise untuk dia. Kekok sikit. haha,” tulisnya.


Anak jati Kelantan itu juga memberitahu bahawa isterinya pernah menyatakan hasrat untuk memiliki telefon bimbit keluaran terbaru itu namun membatalkan niat kerana mahu fokus kepada perniagaan kosmetiknya.

“Haritu dia ada cakap dia berkenan dengan iPhone baru tapi dia nak berjimat untuk perniagaan dia,” katanya di dalam video itu.

Walaupun ulang tahun kelahiran isterinya pada awal Januari, namun beliau sengaja membuat kejutan awal agar perkara tersebut tidak dijangka oleh isterinya.





Surprise tersebut juga dilakukan di kedai makan berhadapan pejabatnya dengan meminta perkerja kedai tersebut untuk meletakkan telefon bimbit berkenaan di atas pinggan berserta nota.

Sebak dan menangis

Terkejut menerima hidangan telefon bimbit idamannya, Anissa kelihatan sebak dan menangis untuk seketika.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata turut gembira melihat pasangan yang begitu merendah diri itu. Malah, rata-rata juga mendoakan kebahagian pasangan ini.

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurnikan seorang cahaya mata perempuan bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen