Selamba angkat tandan kelapa sawit sendiri, ramai nak lamar gadis ini untuk dijadikan isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua perempuan mampu lakukan kerja yang berat dan kasar. Ini kerana, perkara tersebut memelukan tenaga dan juga kekuatan orang lelaki.



Lebih-lebih lagi jika terpaksa berkerja di dalam semak dan juga dengan cuaca yang panas, tentunya bukan pilihan bidang kerja bagi seorang wanita.



Selamba angkat buah kelapa tanpa bantuan

Namun berlainan pula dengan gadis ini yang boleh dikatakan sangat sempoi dan bertenaga mengangkat beberapa tandan kelapa sawit tanpa bantuan.

Dikongsikan di TikTok Rachel, dia menyatakan bahawa pekerja kebun sawit bapanya telah pulang ke kampung.





Ladang ayah sendiri

Disebabkan itu, dia dengan suka relanya turun ke ladang kelapa sawit itu dan sama-sama membantu mengutip hasil sawit yang sudah dikumpulkan.

Melihat gaya gadis tersebut, dirinya seolah-olah tidak kekok malah seperti sudah tahu teknik yang betul dengan memindahkan buah kelapa sawit tersebut ke atas kereta pacuan 4 roda.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sangat kagum dengan kudrat yang dimiliki gadis tersebut. Malah, ada juga yang turut menyatakan bahawa mereka tidak mungkin mampu melakukan perkara tersebut.

Bahkan ada juga yang berseloroh mahu kahwini gadis tersebut walaupun hantarannya agak mahal.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen