Cinta kembali

Oleh: Siti Nur Ain

Cinta pandang pertama, wujud ke benda macam tu? Sejujurnya aku tak percayakan benda-benda macam tu. Itu apa yang aku fikir, aku tak cakap kalau korang percaya, korang salah. Cuma tu pandangan peribadi aku je pasal cinta pandang pertama.

Sebenarnya aku dah tak percayakan cinta lagi. Lepas aku dikecawakan oleh someone yang aku sayang gila. Yang memang aku bagi sepenuh hati aku dekat dia.

Tapi sayangnya, dia lagi curang dengan someone yang baru dia kenal tak sampai sebulan. Berbanding hubungan kami yang dah masuk 2 tahun. Padahal masa tu aku tengah kumpul duit untuk kahwin dengan dia. Tapi segalanya hancur bila aku tengok dia mesra sangat dengan orang lain.

Start dari situ, aku terus dah tak percaya dengan cinta. Bagi aku cinta tu hampa, dah tak ada makna. Inikan pulak nak percaya cinta pandang pertama. Memang tak lah jawapan aku. Tapi aku tahu tak semua perempuan macam tu. Semua orang berbeza.

Cuma aku kecewa gila. Hati aku dah mati sebab aku kena betray dengan orang yang aku sayang sangat. Yang memang aku nak serius dengan dia. Tapi ini yang aku dapat. Siapa je yang tak jadi macam aku bila dia kena benda sama.

Bila aku dengar kawan aku cakap, betapa indahnya cinta ni semua. Aku cuma tergelak. Dalam hati aku cakap, ya dia memang indah dan bahagia. Tapi bila kau kecewa sebab cinta, dia sakit sangat. Sampai orang tu boleh berubah.

Berubah jadi baik, atau berubah jadi makin teruk. Dan kalau aku ni mungkin kategori berubah jadi teruk rasanya.

Kecewa aku tu sampai aku dah jadi tak ada perasaan dengan perempuan. Aku jadi takut. Takut aku ni jadi belok. Aku tak nak lah sampai macam tu, sebab aku tahu tu semua haram. Tapi Alhamdulillah, aku pun tak ada perasaan dekat laki. So aku masih normal lah.

Cuma perasaan aku mungkin dah mati atau luka dekat hati aku susah nak sembuh. Keadaan aku ni sampai setahun nak pulih. Memang agak lama aku nak move on, mulakan hidup baru dan lupakan bekas kekasih lama aku.

Aku selalu terfikir yang aku tak akan berjumpa dengan cinta lagi. Dan sepanjang hayat aku, aku tak akan berkahwin dan tak ada someone special dalam hidup aku. Sebab bagi aku, bekas kekasih aku tulah yang pertama dan terakhir bertakhta dekat hati.

Sampailah satu hari, aku terjumpa dengan seorang stranger dekat taman. Dan kebetulan orang tu adalah kawan kepada kawan aku. Jadi aku pun berkenalan dengan dia dan aku gelarkan dia L. Dari situ lah semua ni terjadi. Dan aku kembali rasa perasaan cinta tu lagi.

Masa pertama kali jumpa, aku cuma fikir aku tertarik dengan dia sebab dia cantik dan comel. Perwatakkannya pun menarik dan L ni pandai bawak diri. So sebab tu akum akin tertarik dengan dia dan rasa nak berkenalan dengan dia.

Tapi masa tu aku tak cakap yang aku jatuh cinta dengan L. Bagi aku, awal sangat untuk aku cakap aku jatuh cinta. Aku tertarik je, bukannya cinta. Masa tu memang ego aku tinggi. Aku tak nak mengaku walaupun hati aku selalu berdebar untuk dia.

Aku terus tipu diri aku cakap aku tak suka dan jatuh cinta dengan L. Sampailah aku nampak L dekat dengan orang lain. Aku rasa cemburu dan tak suka bila tengok L bahagia dengan lelaki lain. Aku cuma nak L ketawa dengan aku je, time aku dekat sisi dia.

Perasaan yang dah lama aku tak rasa, sekarang aku rasa. Aku dapat balik perasaan tu selepas sekian lama aku fikir aku tak akan alaminya lagi. Tapi kenyataan, aku rasa benda tu dengan someone yang tak sampai seminggu aku kenal.

Aku akhirnya selalu perhatikan L dan aku rasa bahagia gila bila dapat perhatian L. Aku jadi macam budak-budak remaja baru nak bercinta. Baru pertama kali rasa apa tu cinta dan bahagianya perasaan itu. Entah lah aku rasa, aku lagi bahagia dengan perasaan aku sekarang berbanding dulu.

Bila aku akhirnya berjaya confess dan diterima. Aku rasa bersyukur dan tak menyesal. Bila aku buka hati aku balik untuk terima cinta lagi. Aku tak dengan keras kepala tolak perasaan tu sampai nanti aku jadi menyesal.

Kalau aku tolak dan betul-betul L dengan orang lain. Aku yakin, aku akan menyesal gila. Seumur hidup aku, aku menyesal dan menyalahkan diri aku. Tapi bila aku berani nak buka, aku rasa bahagia dan sedar nikmat jatuh cinta yang sebenar.

Aku sekarang tengah kumpul duit balik untuk pernikahan kami. Aku dengan L selamat bertunang dan kami merancang untuk bertunang selama setahun. Sebab keluarga L minta masa sikit untuk mereka kenal dengan aku.

L anak tunggal. Mestilah parents L risau nak lepaskan L macam tu je. Lagi-lagi dengan orang yang baru mereka kenal macam aku.

Tapi aku tak masalahkan semuanya tu. Aku cuma nak yang terbaik untuk kami, dan aku akan usahakannya. Walupun apa pun halangan dia, aku sanggup terima. Sebab aku sedar, setiap apa yang kita nak mesti ada halangan, atau cabaran.

Jadi aku tak akan mengalah macam tu je. Aku tak nak kehilangan orang aku cinta untuk kedua kali. Cukup lah dulu aku rasakannya. Aku tak nak rasa benda tu lagi.

Dan sekarang, Alhamdulillah aku berjaya menghalalkan L. Sekarang kami dah ada anak sorang dan hidup kami bahagia sangat. Walaupun ada dugaan yang datang, kami berjaya lalui bersama. Terima kasih untuk L sebab dia berjaya buat aku jatuh cinta kembali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen