Jodoh

Mencintai tak semestinya memiliki adalah perkara biasa tapi kalau memiliki tak mencintai tu, jarang berlaku dan aku pun tak sangka yang perkara tu berlaku dekat diri aku. AKu ingatkan aku akan menjalani sebuah kisah cinta yang bahagia seperti kisah cinta yang selalu aku tengok. Apa yang aku nak kongsikan ni adalah sebuah perkongsian tentang kehidupan rumahtangga aku. 

Aku pernah berkahwin selama 1 tahun lebih dan perkahwinan kami dilanda pelbagai ujian. Mungkin ada yang mengatakan bahawa perkahwinan kami ni masih baru dan masih berada pada fasa awal perkahwinan. Apa yang terjadi pada perkahwinan kami adalah Azrul mempunyai wanita lain bukan dibelakang tapi dia curang depan-depan. Aku dan Azrul berkahwin atas dasar pilihan keluarga. Aku terima Azrul sebab aku percaya dengan jodoh yang mak ayah aku cari itulah yang terbaik. 

Sebelum kami kahwin, aku pernah bertemu dengan Azrul sebanyak 3 kali tapi masa pertemuan tu dia memang layan aku baik serta tak pula dia kata yang dia telah berpunya. Aku ni tak ada kawan lelaki malah aku juga bukan orang yang senang bergaul dengan lelaki jadi, kira macam Azrul ni lelaki pertama yang aku kenal. Setiap kebaikan yang dia buat tu membuatkan aku mudah terjatuh hati dekat dia. Aku pun setuju dengan lamaran Azrul terhadap aku.

 

Pada 5 bulan pertama kami berkahwin, hubungan kami seperti pasangan bahagia dan tak pernah bermasam muka. Azrul ni adalah seorang yang ada kedudukan ekonomi yang stabil jadi, dia halang aku untuk bekerja dengan alasan dia tak nak aku penat dan duduk dekat rumah jaga rumah. Aku pada awalnya tak setuju. Ye lah, aku ada ijazah dan aku pun pernah bekerja sebelum ni jadi aku tak biasa duduk rumah lagi pun, kami belum ada anak tapi Azrul tetap minta aku duduk rumah. Nak tak nak aku pun ikut je lah cakap dia. 

Aku belajar banyak perkara juga bila duduk rumah. Aku belajar masak makanan kegemaran Azrul dan Alhamdulillah, Azrul tak pernah mengeluh dengan masakan aku. Cuma, Azrul ni selalu balik lewat dan bila dia balik lewat dia akan pesan dekat aku jangan tunggu dan jangan masak banyak-banyak sebab dia dah makan dekat luar. Aku tak adalah syak apa-apa pada awalnya sebab aku yakin yang Azrul balik lewat sebab kerja dan aku pun tak pernah tanya Azrul kenapa dia balik lewat. 

Sepanjang 5 hingga 6 bulan perkahwinan kami, aku masih tak mengenali Azrul. Aku perasan salah satu sifat Azrul ni dia banyak rahsia dan dia tak suka bercakap soal peribadi dia. Boleh aku katakan, kami sebenarnya jarang berbual. Kalau berbual pun, kami akan berbual tentang hal-hal remeh macam barang dapur dah habis, atau bercerita tentang movie apa yang best untuk ditonton. Lepas dah tengok movie masing-masing senyap dan buat hal masing-masing. Azrul lebih banyak habiskan masa dekat ruang kerja dia di bilik atas dan aku pula tak berani nak ganggu dia. Jadi, aku akan lepak dekat ruang tamu dan tengoklah movie atau drama.

Semakin hari perjalanan perkahwinan aku semakin hambar dan tak seronok. Aku jarang keluar dengan kawan-kawan dan aku juga jarang pergi melawat keluarga aku sebab Azrul selalu sibuk. DIa tak benarkan aku jumpa keluarga aku tanpa dia tapi dia sendiri yang tak dapat nak bahagikan masa dia untuk ziarah keluarga aku atau keluarga dia. Aku tak tahu nak mengadu dekat siapa tentang perkara ni. Aku nak ada seseorang untuk dengar apa yang aku rasa tapi dalam masa yang sama aku tak nak juga aibkan Azrul. Jadi, aku pun simpan je lah dalam hati. 

Suatu hari, Azrul bawa balik seorang kawan sekerja dia dan rakan sekerja dia tu adalah wanita yang bernama Wani. Aku tak sedap hati sebenarnya dengan kehadiran Wani tu tapi aku layan je lah baik-baik. Sebelum tu, Azrul ada juga bagitahu aku tentang kawan dia nak datang tapi dia tak suruh aku masak sebab dia kata kawan dia nak datang kejap je. Aku ingatkan lelaki jadi, aku pun tak syak apa-apa. 

Sekali yang datang depan mata aku adalah seorang wanita yang berpakaian tak cukup kain. Masa aku jumpa Wani, entah kenapa ada satu perasaan yang tak sedap di hati aku yang mengatakan sebenarnya Azrul dan Wani ada apa-apa lebih-lebih lagi bila Azrul tak perkenalkan aku sebagai isteri dia depan Wani. Dia kata aku ni adalah saudara perempuan dia.

Tak lama lepas tu, Azrul ajak Wani keluar makan dan dia suruh aku jaga rumah. Aku terus ajak Azrul ke dapur dan tanya dia kenapa dia nak keluar makan dengan Wani. Aku tak tahulah Azrul ni lelaki yang macam mana, masa tu juga dia dengan jujurnya mengaku yang sebenarnya Wani tu adalah teman wanita dia. Aku terkejut sangat masa tu. Rasa macam nak pengsan tapi Azrul langsung tak minta maaf malah dia tinggalkan je aku tergamam macam tu. 

Sejak tu, aku dan Azrul tak tidur sebilik dan kehidupan kami begitu sehinggalah aku buat keputusan untuk bercerai. Keluarga aku terkejut bila dengar aku bercerai dan aku tak pernah bagitahu tentang perangai Azrul. Segala duit nafkah yang Azrul bagi tu lah aku mulakan hidup baru aku dan kini aku tak ada niat pun untuk berkahwin lagi walaupun usia aku dah mencapai 30 tahun. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen