Pernah cakap nak PS5, Syafiqah Aina terus buat kejutan untuk suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan tugas seorang suami sahaja membahagiakan isteri tapi tugas isteri juga membahagiakan suaminya. Sebab itu perlunya kejutan sebagai tanda penghargaan kasih sayang antara pasangan suami isteri.



Itulah yang dilakukan usahawan kosmetik dan juga selebriti media sosial, Syafiqah Aina terhadap suami tercinta dengan memberi kejutan buatnya.



Memuat naik satu video di akaun Instagram, wanita berusia 26 tahun itu telah memberi satu kejutan kepada suaminya, Hafiz Mahamad yang dikatakan sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarga mereka.

Berdasarkan video berdurasi 45 saat itu, Aina memilih untuk memberi permainan video Sony Play Station 5 (PS5) yang sememangnya diingini oleh Hafiz disamping berharap agar suaminya merehatkan diri untuk seketika.



Menurut Aina, sikap suaminya yang sering mendahulukan orang lain membuat dia berasa Hafiz berhak untuk mendapatkan yang terbaik dalam hidupnya.

“Dari semua benda, segalanya dia akan dahulukan untuk orang lain. Dia sentiasa akan bagi yang terbaik untuk apa yang dia nak dan usahakan. Saya percaya dia berhak untuk mendapatkan kegembiraan dalam hidupnya,” katanya.

Gelagat romantis pasangan ini sememangnya menarik perhatian ramai yang rata-rata menginspirasikan mereka dalam membuat pasangan bahagia.

Malah, perkongsian tersebut juga mendapat perhatian warganet yang rata-rata mendoakan kebahagiaan pasangan ini.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen