Beri 'handphone' kepada mangsa kecurian, keprihatinan Ketua Polis PJ raih perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa prihatin terhadap masyarakat sekeliling, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, YDH Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee bin Mohd Faisal baru-baru ini telah menziarahi seorang remaja yang berniaga burger secara sambilan sewaktu cuti sekolah.



Melawat mangsa kecurian

Perkara tersebut telah dikongsikan di lama Facebook Polis Daerah Petaling Jaya dengan menyatakan bahawa remaja berkenaan menjadi mangsa kecurian di Jalan Nuri Seksyen 7, Kota Damansara Petaling Jaya.



Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1 pagi apabila Adik Muhammad Nor Faizal meninggalkan gerainya sebentar untuk ke tandas.



Antara yang hilang ketika kecurian tersebut adalah telefon bimbit, wang tunai dan barang-barang jualan.

Dapat telefon bimbit baru

Dalam kesempatan itu juga, ACP Nik Ezanee telah menghadiahkan sebuah handphone terbaru bagi memberi semangat kepada remaja berusia 14 tahun berkenaan agar terus cekal dalam menghadapi dugaan hidup.



Terharu akan tindakan tersebut, rata-rata warganet meluahkan harapan agar lebih ramai pegawai atasan Polis Diraja Malaysia bertindak seperti beliau agar orang ramai lebih mesra dengan pihak berkuasa.

Malah, berharap tindakan yang dilakukan oleh ACP Nik Ezanee menjadi contoh serta ikutan mereka yang lain.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen