'Syamira Safiya' berjaya dikesan, PA Neelofa serahkan pada peguam

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini tular akan satu paparan Whatsapp di laman Twitter yang mendakwa usahwan popular Neelofa telah terkena minyak pengasih serta telah mendirikan rumah tangga bersama PU Riz di Kelantan.

Tidak hanya itu sahaja, mesej tersebut juga mendakwa bahawa Neelofa telah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun PU Riz bagi tujuan tertentu.



Bagaimanapun, perkara tersebut telah dinafikan oleh Neelofa sendiri malah meminta peminatnya untuk mendoakan yang baik-baik buat hubungannya bersama PU Riz.



Indivdiu berkenaan serah diri


Menerusi laporan Harian Metro, pembantu peribadi (PA) kepada Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin mengesahkan dirinya sudah berhubung dengan individu dipercayai memuat naik paparan whatsapp yang tular berkenaan.

Menurut Nadiah, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.



“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.

Bukan kenalan atau saudara

Nadiah juga menafikan dakwaan yang dia mengenali wanita berkenaan apatah lagi bertemu.

"Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.

"Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz," ujarnya.

Jejaskan nama baik

Sebelum ini, Nadiah mencari wanita menggunakan nama Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.


Bagi membersihkan namanya dan juga majikan, Nadiah telah memuat naik foto dan meminta info daripada orang ramai yang mengenali wanita berkenaan supaya tampil membantu pihaknya mengesan wanita itu.

Terdahulu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen