Assalammualaikum semua. Aku nak share pengalaman aku yang dulu aku tak percaya. Tapi sebab dia, aku mula rasa percaya dengan perkataan tu. Perkataan kawan baik.
Aku dulu tak percaya, aku rasa cukup aku sorang-sorang tak perlukan orang lain. Aku bukannya pendiam dan penyendiri. Tapi aku tak ada dan tak ngaku someone tu boleh aku gelar sahabat baik. Sebab mungkin kepercayaan aku dah hilang.
Masa sekolah rendah, aku kena buli. Buli yang boleh katakan teruk sampai badan aku lebam dan melecet. Alasannya sebab aku tak suka bercakap. Aku tak pernah keluarkan suara aku. Bila ada orang tanya baru aku bercakap, tu pun slow.
Aku memang tak ada kawan langsung masa sekolah rendah. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku mula dapat ramai kawan. Sebab aku pindah sekolah yang langsung orang tak kenal aku. Jadi aku mula bercakap dan jadi ramah.
Aku mula masuk dekat dalam satu kumpulan yang agak ramai. Adat bila ada ramai orang dalam group, jangan terasa bila secara tak langsung kau kena pinggir. Bukan sebab mereka sengaja, tapi sebab aura kau tak secerah dengan yang lain.
Lebih tepatnya kau tak menonjol. Tak banyak cakap, tak gila-gila, biasa-biasa je. Berbanding dengan orang lain yang memang selalu jadi pusat perhatian. Sebab tu secara langsung kau akan terabai sikit.
Tapi aku tak kesah dengan semua tu. Aku dah biasa sorang-sorang, jadi bukan masalah bila aku kena tinggal dekat belakang. Ataupun mereka pergi jalan-jalan tanpa ajak aku. Aku tak kesah semua tu dan langsung tak ambik hati.
Lagipun harapan aku nak ada sahabat baik memang dah lama hancur, bila aku anggap mereka kawan baik. Tapi sebenarnya mereka langsung tak anggap benda yang sama. Tu semua angan-angan yang aku sorang je harapkan.
Jadi hati aku memang langsung tak mengharapkan lagi istilah kawan baik. Lagipun buat apa nak ada kawan baik kalau kau boleh hadap semua benda sorang-sorang. Aku jadi seorang yang banyak cakap, tapi at the same time aku pendam semua apa yang aku rasa.
Aku tak pernah pun bagitahu apa perasaan aku, dan semua orang anggap aku bahagia, langsung tak ada masalah. Itu aku di mata semua orang.
Tapi bila aku masuk U. Aku kenal dengan seorang perempuan yang first aku ingat dia sombong. Muka dia jenis sombong sangat dan tak banyak cakap. Tapi dia roommate dan classmate aku. Jadi aku cuba berbual dengan dia.
Lama-lama aku makin rapat dengan dia. Nama dia F dan rupanya dia jenis yang first nampak sombong. Tapi sebenarnya peramah dan banyak cakap. Boleh katakan aku selesa dengan dia, dan aku suka berkawan dengan dia.
Tapi aku still tak anggap dia kawan baik. Walaupun aku suka kawan dengan dia dan dia baik, tapi aku masih tak dapat anggap dia kawan baik. Lagipun kami baru kenal, bukannya dah bertahun-tahun kenal. And aku tak tahu apa yang dia fikir pasal aku.
Adakah dia anggap kawan dengan aku just nak benefit, atau sebab aku jenis yang akan tolong bila ada yang mintak tolong. Aku tak buruk sangka, tapi pengalaman yang mengajar aku. Aku pernah dapat kawan talam dua muka. Kawan tikam belakang. Semua tu aku pernah rasa.
Jadi bila aku rapat dengan orang baru, aku akan terfikir benda tu. Apa niat dia sebenarnya nak rapat dengan aku. Terlebih lagi F ni pandai fashion dan terkenal antara golongan popular. Memang jauh beza dengan aku. Sebab tu aku tak tahu kenapa F nak berkawan dengan aku.
Lagi-lagi F akan follow aku ke mana aku pergi. Sebolehnya dia nak satu rumah dengan aku lagi bila kami naik sem 2 dan 3. Tapi nasib tak menyebelahi F, kami selalu tak dapat rumah sama. Malah aku dapat rumah dengan orang baru lagi.
Dia pulak dapat rumah mostly dengan junior. Bila kami keluar smaa-sama, dan aku tanya kenapa dia selalu tolong aku. Dan nak berkawan dengan aku. Dia cakap ‘of course aku tolong kau. Kau kawan baik aku.’
Aku terdiam. Pertama kalinya aku dapat perkataan tu dari mulut orang lain. Bukan aku yang cakap dulu, tapi dia yang cakap dulu. Aku rasa terkejut, tapi dalam masa sama, aku terharu. Lepas dia cakap macam tu, aku diam dan tunduk tak cakap apa-apa.
Tapi masa tengah tunduk. Aku tersenyum.
Tipu kalau aku cakap aku tak gembira. Sebab aku dengar benda yang tak pernah aku harapkan dari dulu. Tiba-tiba aku dengar dari mulut someone yang tak sampai 2 tahun pun kenal aku. Walaupun singkat, tapi dia anggap aku ni kawan baik dia. Kawan yang berharga.
Dari sini aku belajar, kau tak nak macam mana sekalipun benda tu. But bila kau dah rasa dan alami sendiri, kau akan rasa bahagia dan tak menyesal. Sebenarnya dalam hati kau still mengharap kau ada someone yang boleh kau anggap kawan baik.
Dan aku tak menipu diri sendiri. Aku bahagia sangat dengan life aku walaupun aku ada seorang je kawan baik. Lagi satu bagi aku, aku pentingkan kualiti berbanding kuantiti. Sebab tak guna kau ramai kawan, tapis orang pun tak boleh tolong bila kau susah.
Tapi dengan kawan cuma 1 atau 2 orang, biar sikit tapi dia yang always dengan kau. Setia dan tak pernah nak kecam. Masa kau tengah jatuh terduduk, ataupun kau buat something baru. Dia akan tetap sokong kau dan percayakan kau.
Itulah yang kita perlukan dalam dunia ni. Kawan yang boleh faham kita dan terima seadanya. Bukan cuma nak benefit semata-mata. Tapi keikhlasan dia nak berkawan tu lagi penting.
Itulah apa yang aku nak story, sampai sini je cerita aku. Tapia pa pun, jangan pernah menyesal dan benci dengan sejarah silam kita. Sebab sejarah tu yang buat kau makin dewasa dan matang.
Tinggalkan Komen