Bagai pinang dibelah dua, tapi ramai terkejut usia pengantin baru 15 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata jodoh itu tak kenal usia, boleh jadi datang ketika muda dan begitu lah sebaliknya. Tapi apabila jodoh telah tiba, tidak alasan untuk menolak perkara tersebut. Paling penting tahu menggalas akan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.



Menerusi satu perkongsian seorang pengguna TikTok yang menggunakan @hariafiqah telah memuat naik video perkahwinan satu pasangan pengantin.



Pengantin masih sekolah menengah lagi


Terlihat anggun mengenakan busana pengantin berwarna biru gelap, Afiqah menyatakan bahawa anak saudaranya iaitu pengantin perempuan baru sahaja berumur 15 tahun manakala pasangannya pula berusia 16 tahun.



Dua-dua sepadan bersama

Difahamkan, majlis persandingan yang disambut meriah tersebut dilangsungkan di Tanah Merah, Kelantan. Malah terlihat juga gelagat pengantin baru ini yang malu-malu ketika hendak bersalaman.



Tak salah kahwin muda, tapi....

Melihat ke ruangan komen, pelbagai komen yang ditinggalkan warganet yang rata-rata agak terkejut akan umur sebenar pasangan pengantin tersebut. Ada yang kurang senang akan umur mereka malah ada juga meninggalkan beberapa nasihat buat pasangan tersebut.

Namun, kebanyakkan mereka juga mengucapkan tahniah diatas perkahwinan tersebut dan mendoakan agar mampu saling bertolak ansur memandangkan usia mereka yang masih muda.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen