Kisah Kak Ani

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Nama aku Aina. Aku ada dua orang adik-beradik dan ni adalah kisah kakak aku. 

Aku panggil kakak aku sebagai Kak Ani. Kak Ani ni seorang yang peramah dan baik dengan semua orang. Dia selalu jadi contoh dan tauladan kepada orang lain malah dalam keluarga besar pun makcik-makcik aku suka bandingkan kebaikan Kak Ani dengan sepupu-sepupu aku. Kak Ani pesan dekat mak aku supaya jangan cerita apa-apa pun pasal dia dekat makcik-makcik aku sebab dia tak nak sepupu kami yang lain janggal dengan dia.

Aku pula tak kisah pun kalau dibandingkan dengan kakak aku. Aku akui yang kakak aku tu lebih baik daripada aku dan aku bangga ada kakak macam dia. Cuma, aku sedih juga bila kakak aku asyik kena ignore je dengan para sepupu aku sebab kakak aku ni selalu kena puji oleh makcik-makcik aku. Pernah juga kak Ani tak nak balik kampung semata-mata nak jaga hati sepupu-sepupu aku dan kalau dia balik pun dia tak nak duduk lama-lama dan malas nak bergaul dengan makcik-makcik aku. 

Ye lah, siapa saja yang tahan kalau asyik dibandingkan walaupun perbandingan tu menunjukkan Kak Ani ni seorang yang baik dan pandai. Bagi Kak Ani, bila orang terlalu memuji pada akhirnya mereka juga akan terlalu mengeji bila mereka tengok Kak Ani jatuh dan buat salah. Selain tu kak Ani rasa bila orang terlalu memuji dia, benda tu akan menyebabkan Kak Ani tak jadi diri sendiri. Dia rasa macam dia buat perkara yang baik tu bukan sebab dia suka tapi lebih kepada memenuhi expectation orang. Kak Ani pernah luahkan dekat aku yang dia tak suka bila dia dipaksa untuk buat satu benda tu untuk orang lain tapi tak selaras dengan keinginan dia. 

Dia tak pernah meletakkan diri dia lebih baik dari orang lain malah kalau ada sepupu aku yang minta tolong dengan dia, dia akan sedaya upaya untuk tolong walaupun sepupu aku tu tak rapat dengan dia. Bila kak Ani dah masuk universiti, dia dah jarang ikut balik kampung dan ada yang kata Kak Ani dah berubah. Masa tu, makcik-makcik aku mula mengata yang kakak aku ni pemalas. Selalu cari alasan untuk tak balik semua sebab tak nak buat kerja. Pada awalnya mak aku tak kisah Kak Ani tak balik tapi bila mereka dah cakap macam-macam mak aku paksa juga Kak Ani balik. Biasalah, mak mana yang suka anaknya dikata orang walaupun adik-beradik sendiri. 

Suatu hari, masa ni Kak Ani dah habis belajar dan dah mula bekerja. Kami dapat jemputan daripada salah seorang makcik aku untuk hadir dalam majlis perkahwinan anak dia tapi dia minta mak aku datang awal sikit ke rumah dia sebab dia nak mak aku tolong dia dalam persiapan majlis. Jadi, kami sekeluarga pun datanglah awal ke rumah makcik aku tu dan Kak Ani pun sanggup ambil cuti demi hadirkan diri ke majlis sepupu aku. Bila kami sampai saja dekat rumah makcik aku tu, aku dan Kak Ani terus pergi dapur untuk tolong apa yang patut. Masa tengah kemas-kemas tu, tiba-tiba ada makcik aku bernama A tegur kak Ani.

“Ani, kamu ni bila nak kahwin?” Tanya makcik A.

“Ye lah, Ani. Tengok Su tu. Dia lagi muda daripada kamu pun dah nak kahwin. Kamu bila pula?” Tanya makcik B pula.

Kak Ani dan aku saling berpandangan. Kak Ani senyum dan kata,

“Kalau dah ada jodoh, insyaAllah saya kahwin.” 

Aku ingat mereka akan berhenti dengan pertanyaan mereka, rupa-rupanya tak. Sekali lagi, Kak Ani dibandingkan dengan sepupu-sepupu kami yang lain. Kali ni berbeza, Kak Ani jadi bahan kejian pula. Ye lah, kak Ani dah umur 27 pun masih belum berkahwin malah belum pernah bercinta tapi Kak Ani sikit pun tak terusik dengan kata-kata mereka melainkan mak aku yang rasa macam anak dia ditekan dengan masalah kahwin. Sampai mak aku suruh Kak Ani balik dulu lepas majlis nikah sepupu aku. Tak payah tunggu sampai sanding sebab mak aku nak adik-beradik dia tutup mulut pasal Kak Ani walaupun pada awalnya kak Ani serba salah tapi dia tetap ikut cakap mak aku. Nasib baik masa tu kak Ani bawa kereta sendiri.

Sejak tu, kak Ani dah malas nak datang bila ada majlis kahwin keluarga sebab dia pun dah sibuk dengan kerja dan dia memang tak ada masa untuk bercinta. Dari situ aku mula faham apa yang kak Ani pernah kata dulu. Kalau dulu kita dipuji, akan sampai masa kita dikeji dan melalui apa yang aku nampak dalam keluarga aku, aku tak suka wujudnya perbandingan antara setiap insan. Ye lah, setiap insan tu ada kelebihan sendiri dan tak patut pun dibandingkan. Terima lah seseorang tu seadanya dan janganlah terlalu memuji kalau akhirnya kita juga yang akan mengeji.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen