Uyaina sebak dapat kejutan masa 'live', Umi siap restu kekasih hati jadi menantu

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap kekasih hati Uqasha Senrose pada malam Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020).

Di mana, Kamal dengan spontan mengeluarkan cincin ketika selesai menjadi penyampai anugerah bersama Uqasha dan terus melamar pelakon tersebut.



Bagaimanapun, kali ini giliran pengacara dan pelakon manis Uyaina Arshad untuk mendapat kejutan secara siaran langsung menerusi kaca televisyen.



Kejutan demi kejutan


Bermula dengan kejutan ucapan yang diberikan oleh ibunya ketika mengacarakan program MeleTOP semalam sehingga menitiskan air mata pelakon berusia 28 tahun itu.



Tidak cukup dengan perkara itu, dia dan Nabil dikejutkan dengan kehadiran penghantar makanan ‘food panda’ yang telah masuk ke dalam set secara tiba-tiba dan menyerahkan sejambak bunga buat Uyaina.


Setelah membuka helmet tersebut, rupa-rupanya individu berkenaan merupakan kekasih hati pengacara tersebut yang juga merupakan pelakon iaitu Raja Syahiran.

Sekali lagi Uyaina dikejutkan dengan kemuculan ibu serta abangnya yang muncul dibelakang pentas.



Umi restu hubungan


Ketika saling berbual dan menjawab soalan, ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah juga sempat menyatakan bahawa Raja Syahiran mempunyai kualiti sebagai seorang menantu yang bagus pada ketika itu.


Untuk makluman, Uyaina atau nama penuhnya Saidatul Naseha Uyaina adalah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen