Tiba-tiba suami lempar kunci, ingatkan marah rupanya suprise hadiahkan kereta mewah

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang tentunya ingin membuat pasangan mereka bahagia. Lebih-lebih lagi jika pasangan itu sudah banyak berkorban dan sentiasa ada ketika susah mahupun senang dengannya.



Tapi bagaimana untuk membuat pasangan itu bahagia tentunya akan berlainan setiap orang. Kadang ada yang suka beri kejutan malah ada juga yang membantu menguruskan rumah.



Hadiah Hari Ibu


Kalau di negara kita, Hari Ibu akan disambut pada Ahad kedua setiap bulan May namun, berlainan pula dengan negara jiran, Indonesia yang menyambut hari tersebut pada 22 Disember lalu.



Pada kesempatan itu, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Dody Maulana telah mengambil peluang ini dengan memberi surprise buat isteri tercinta.

Hanya mampu tersenyum

Dikongsikan video tersebut di aplikasi TikTok, Dody yang datang tiba-tiba lalu melemparkan kunci kereta pada isterinya telah mendatangkan rasa kehairanan.



Kerana ragu akan tindakan Dody, isterinya terus meluru ingin keluar dari rumah melihat apa di luar rumahnya. Malah, terlihat teruja dan terkejut, wanita berkenaan hanya mampu tersenyum apabila sebuah kereta mewah dibeli suami khas untuknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut teruja akan kereta mewah yang dihadiahkan oleh suami wanita berkenaan. Malah, ada juga antara mereka berharap agar suami mereka mencontohi sikap suami wanita tersebut.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen