Bila sudah dirikan rumah tangga, tentunya ingin mempunyai darah daging sendiri sebagai penyeri hubungan suami isteri. Tapi, rezeki setiap orang tak sama dalam berpeluang meminang anak sendiri.
Boleh jadi ada yang tak tunggu lama malah ada juga yang perlu lakukan pelbagai usaha untuk memiliki zuriat mereka.
3 tahun tunggu
Sebak melihat perkongsian video di akaun TikTok Puan Nasuha Jali ini apabila dia dan suami masih lagi menunggu cahaya mata sendiri sejak mendirikan rumah tangga 3 tahun lalu.
Dalam menanti cahaya mata yang diharapkan, dirinya dan suami Norfathullah sentiasa terlihat mesra dengan anak-anak rakannya selain berlapang dada dengan ujian yang diberikan.
Tumpang kasih anak rakan
Dalam video yang lain pula, pasangan ini mendapat perhatian apabila dirinya menumpang kasih anak rakan baik mereka yang bernama Hanan. Teruja akan tarikh lahir kecil yang telah dianggap anak sendiri itu, Nasuha dan suami melakukan sedikit kejutan buat Hanan.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi yang menyentuh hati disamping mendoakan agar pasangan ini berpeluang merasa untuk menjadi ibu bapa.
Tinggalkan Komen