Kos rumah kampung tak sampai RM80K, wanita dedah hanya guna barang terpakai bina rumah idaman

Oleh: Zuzu Yasmine

Mempunyai rumah idaman yang selesa dan menenangkan sememangnya idaman ramai. Namun, pastinya ramai yang tahu bahawa menghasilkan rumah sebegitu akan memakan kos yang agak banyak.

Nak-nak lagi sekarang ini sememangnya satu trend untuk memiliki rumah yang bersuasana kampung, tentunya jadi keinginan ramai.



Sering menjadi pertanyaan mengenai kos sebenar rumah mereka, Puan Zuraidah Zainul Abidin menyatakan bahawa rumah kampung idaman yang dibinanya tidak sampai RM80,000.



Banyak perkara dilakukan sendiri


Berkongsi perkara tersebut menerusi Facebook miliknya, Puan Zuraidah menyatakan bahawa ada rahsia disebalik kos sebenar untuk membina rumahnya yang terletak di Batu Pahat, Johor itu.

Menurutnya, banyak perkara yang dilakukan sendiri seperti memberi barang dan melukis pelan lantai dan beberapa perkara lain. Itu semua telah menjimatkan kos rumah yang dibina itu.



Guna barangan terpakai

Bukan itu sahaja, Puan Zuraidah juga menyatakan bahawa salah satu jalan terbaik untuk dirinya menjimatkan kos adalah dengan menggunakan barangan terpakai.



Antara barang terpakai yang digunakan ialah tingkap, pintu dan perabot lama, manakala kayu-kayu dan tiang rumah juga daripada kayu terpakai.



Mengenang kasih anak bongsu


Puan Zuraidah juga menyatakan bahawa, tujuan asal teratak itu dibina adalah sebagai ‘dunia’ anak bongsunya, Youhana Aeysha untuk membesar dengan suasana kampung.



Bagaimanapun, niat murni mereka tidak kesampaian apabila si kecil itu terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi pada 5 Disember 2018 lalu akibat komplikasi kesihatan ketika usianya satu tahun tiga bulan.

“Hospital nak cairkan darah beku di dalam jantung dengan heparin, ia terlalu cair. Pembuluh darah pecah,” jelas ibu kepada empat cahaya mata ini.

Setelah pemergian anaknya itu, pelan lantai yang sudah siap dirangka itu pada asalnya mahu ditukar menjadi pondok letak kereta sahaja. Bagaimana pun, Puan Zuraidah tekad untuk meneruskan juga pembinaan teratak tersebut sebagai usaha dan tanda mengenang pemergian anak bongsunya itu.

Difahamkan, teratak ini dibina bermula sejak awal Februari lalu, sebelum mereka sekeluarga ‘merasmikannya’ pada Mei kemudian dan sehingga hari ini, ia masih lagi dalam proses kemasan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen