1 Januari pemula kehidupan baru Ayda Jebat sebagai isteri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sama cantik sama padan, itulah sesuai dikatakan buat pasangan selebriti Nabil Mahir, 33, dan Ayda Jebat, 29, yang telah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail semalam.



Pasangan itu membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021 dengan memilih 1 Januari sebagai tarikh perkahwinan mereka kerana mudah untuk mengingati tarikh bersejarah tersebut.

Sah dengan sekali lafaz

Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir menyempurnakan kabul dengan sekali lafaz yang disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri sekitar pukul 3.30 petang semalam.



Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.



Pada majlis yang mengikut norma baharu itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Bersyukur majlis berjalan lancar

Penyanyi dan pelakon dengan nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata kepada media, bersyukur majlis itu berjalan lancar dengan keutamaan untuk menyempurnakan perkara wajib dahulu.



Terdahulu, Nabil yang juga bekas hos program h Live! melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan dan melangsungkan majlis pertunangan dan disiarkan secara dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen