Tak geli basuh muntah anak istimewa, tindakan isteri Syahmi Sazli dipuji warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun dalam kesibukan, namun YouTuber dan pengarah filem, Syahmi Sazli sempat mencuri peluang pergi bercuti di Janda Baik, Pahang di resort Dato’ Seri Aliff Syukri di Sugeh Hill Resort.



Dalam percutian tersebut, Syahmi dikatakan tidak hanya membawa anak dan isteri sahaja tetapi turut beberapa orang rakan serta pelakon drama serta filem yang diarahkan olehnya sebelum ini.

Tak geli pun basuh muntah

Menjengah ke Instagram milik YouTuber itu, Syahmi dikatakan telah berkongsi video ketika isterinya Anissa Faizul, terlihat sedang membasuh muntah Asif di dalam kereta.



Anissa terlihat sangat tenang ketika membersihkan muntah di kerusi penumpang seorang diri sementara yang lain sedang menunggu di luar sebelum masuk kembali bagi meneruskan perjalanan mereka.

Pernah 'berak' dalam kereta

Menurut Syahmi, gelagat Asif yang menghiburkan membuatnya tidak jadi marah, malah sebelum ini anak istimewa itu juga pernah membuang air besar di dalam keretanya.



Tindakan isteri YouTuber terkenal itu telah menarik perhatian ramai warganet yang rata-rata meninggalkan komen yang positif dan memuji tindakan Anissa yang dikatakan langsung tidak geli ketika menguruskan muntah Asif di dalam kereta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen