Kongsi detik bakal jadi tunang orang, gadis 16 tahun teruja 'boyfriend' masuk meminang

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini tular mengenai perkahwinan pasangan remaja yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun.

Meskipun, berkahwin pada usia yang muda, namun segala urusan dipermudahkan kerana restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

16 tahun dah jadi tunang orang

Sekali lagi perkara seperti ini menjadi perhatian apabila, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun telah selamat bergelar tunangan orang.



Dikongsikan melalui video TikTok, Leeya yang baru berusia 16 tahun telah diajak bertunang dengan kekasih hati yang bernama Iqmal pada hujung tahun lalu.

Ingatkan main-main


Mulanya, Leeya menganggap bahawa ajakan kekasihnya itu hanya sekadar mainan, namun tidak sangka apabila lelaki berkenaan benar-benar menghantar rombongan meminang ke rumahnya.



Difahamkan bahawa Iqmal telah mengajaknya bertunang sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi namun terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.



Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang teruja dan terkejut kerana usia gadis berkenaan masih muda. Malah ada juga diantara mereka yang meluahkan rasa ‘pelik’ bagaimana ibu bapa pasangan ini boleh memberi restu untuk bertunangan seawal usia yang muda.




 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen